Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki tempatan ditahan polis kerana dadah
  • JENAYAH

Lelaki tempatan ditahan polis kerana dadah

Utusan Sarawak 4 hours ago
POLIS berjaya menahan seorang lelaki tempatan disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah dalam satu operasi di hadapan sebuah premis di Jalan Pasar Selangau, semalam. Foto IPD

SELANGAU: Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun selepas disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah dalam satu operasi di hadapan sebuah premis di Jalan Pasar Selangau, semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhamad Rizal Alias berkata, suspek ditahan pada kira-kira 12.50 tengah hari oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah.

“Hasil pemeriksaan menemui satu tiub straw lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine atau syabu dengan anggaran berat kasar 0.50 gram,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, suspek dibawa ke IPD Mukah untuk tindakan lanjut, manakala keputusan ujian urin mendapati lelaki itu negatif dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda maksimum RM100,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

“Suspek yang bekerja sebagai buruh direman selama tiga hari sehingga 1 Disember 2025 bagi melengkapkan siasatan,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah diminta menghubungi Hotline IPD Mukah di 084-871222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Oleh Tarani Lanting

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Polis Lawas tahan tiga suspek kes dadah, curi motosikal dan penipuan
Next: Dua suspek ‘keldai akaun’ ditahan polis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.