Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Taklimat khas prosedur pemindahan kubur lama diadakan bagi pastikan urusan patuh syarak, teratur
  • WILAYAH

Taklimat khas prosedur pemindahan kubur lama diadakan bagi pastikan urusan patuh syarak, teratur

Utusan Sarawak 4 hours ago
SATU taklimat khas berhubung garis panduan permohonan dan tatacara kerja diadakan di Surau Hayatul Islam, Kampung Hulu, semalam. Foto UKAS

SIMANGGANG: Proses pemindahan beberapa kubur lama di Tanah Perkuburan Islam Kampung Hulu kini memasuki fasa penting apabila satu taklimat khas berhubung garis panduan permohonan dan tatacara kerja diadakan di Surau Hayatul Islam, Kampung Hulu, semalam.

Taklimat tersebut disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam, Ustaz Alyhebullah Roslan bersama Ustaz Mohd Rafizi Wahab, Ustaz Wan Muhammad Asyraf Wan Jamari serta Pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan Kampung Hulu, Abdul Rahman Muhyiddin.

Pada sesi itu, hadirin diberikan penerangan terperinci mengenai prosedur pemindahan kubur susulan kelulusan Pejabat Mufti Sarawak, termasuk garis panduan penggalian semula, proses pemindahan jenazah dan tatacara pelaksanaan yang wajib mematuhi syariat serta peraturan pihak berkuasa agama.

SATU taklimat khas berhubung garis panduan permohonan dan tatacara kerja diadakan di Surau Hayatul Islam, Kampung Hulu, semalam. Foto UKAS

Penjelasan turut menyentuh aspek teknikal seperti dokumentasi, peranan pemerhati dan prosedur operasi standard (SOP) di lapangan, selain penekanan terhadap adab, etika serta keperluan menjaga kemuliaan jenazah sepanjang proses berlangsung.

Proses penggalian dan pemindahan dijadualkan pada Ahad ini, dan akan dipantau ketat oleh Jabatan Agama Islam Bahagian Sri Aman, Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman serta Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman bagi memastikan kelancaran operasi.

Taklimat itu bertujuan memperkukuh kefahaman Jawatankuasa Pengurusan Tanah Perkuburan Islam Kampung Hulu Sri Amab supaya urusan dijalankan secara sistematik, telus dan patuh syarak.

Turut hadir Penghulu Zamahari Morshidi, Ketua Kaum Kampung Hulu Lemanak, Bolhi Jol, Ketua Kaum Kampung Lemanak, Jamali Hamden, Ketua Kaum, Ahmad Simon, Azmi Morshidi serta Laupal Bujang bersama ahli jawatankuasa dan beberapa waris berkepentingan.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: JPJ Miri gempur kenderaan perdagangan, 240 diperiksa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.