Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • APACE 2026 lonjak Sarawak sebagai pemain utama aeroangkasa hijau serantau
  • TEMPATAN

APACE 2026 lonjak Sarawak sebagai pemain utama aeroangkasa hijau serantau

Utusan Sarawak 7 hours ago
JELASKAN… Dato Sri Roland Sagah Wee Inn ketika sidang media Persidangan dan Pameran Aeroangkasa Asia Pasifik (APACE) 2026 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di Petra Jaya, hari ini. 

PETRA JAYA: Sarawak mengorak langkah lebih besar dalam aspirasinya menjadi hab aeroangkasa hijau apabila menganjurkan Persidangan dan Pameran Aeroangkasa Asia Pasifik (APACE) 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) dari 27 hingga 29 Januari tahun depan.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata penganjuran pertama seumpamanya di Borneo itu akan mempertemukan pemain industri, pakar dan agensi aeroangkasa dari seluruh dunia.

Beliau menegaskan APACE 2026 bukan sekadar acara pameran, sebaliknya platform penting yang mengukuhkan kedudukan Sarawak dalam sektor aeroangkasa, teknologi hijau dan kejuruteraan berimpak tinggi.

“Ini bukan acara biasa. APACE 2026 akan mengumpulkan komuniti aeroangkasa global dan meletakkan Sarawak dalam radar antarabangsa,” katanya pada sidang APACE di DUN Sarawak, hari ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijadual merasmikan persidangan tersebut.

Menurut Roland, APACE 2026 memberi fokus kepada empat komponen utama, pembangunan aerotropolis, teknologi dan digitalisasi dalam industri aeroangkasa, peralihan kepada penerbangan berasaskan tenaga hijau serta pembangunan bakat tempatan berkemahiran tinggi.

Acara itu dijangka menarik lebih 3,000 pengunjung dan 1,000 perwakilan, di samping menampilkan lebih 50 pempamer serta lebih 60 penceramah termasuk dari NAICO Malaysia, NACO Netherlands, MYSA, JAXA dan NOVASPACE Perancis.

Beliau turut mengesahkan beberapa rundingan hampir dimuktamadkan dan dijangka menghasilkan lima hingga tujuh Memorandum Persefahaman (MoU), sekali gus menunjukkan keyakinan pelabur global terhadap hala tuju ekosistem aeroangkasa Sarawak.

Hadir sama Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapa’ee, Setiausaha Tetap MEITD Datu Adana Jed serta Pengarah Eksekutif Borneo Business Connect Sdn Bhd, Nadzeem Abd Rahman.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: PUSAK raikan 5 tahun pemerkasaan seni sape melalui Seri Sape: Memartabatkan Budaya 2025
Next: SADA perkukuh pengurusan aset pelancongan melalui lawatan penanda aras ke Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.