Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis tahan wanita disyaki menipu tempahan inap desa bernilai RM740
  • JENAYAH

Polis tahan wanita disyaki menipu tempahan inap desa bernilai RM740

Utusan Sarawak 8 hours ago
Seorang wanita tempatan berusia 48 tahun ditahan polis semalam bagi membantu siasatan kes penipuan tempahan homestay yang menyebabkan seorang mangsa kerugian RM740. Foto: IPD Saratok

SARATOK: Seorang wanita tempatan berusia 48 tahun ditahan polis semalam bagi membantu siasatan kes penipuan tempahan inap desa (homestay) yang menyebabkan seorang mangsa kerugian RM740.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata suspek ditahan pada 11.30 pagi oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah (BSJKD) Saratok yang diketuai Inspektor Sopian Zainuddin selepas menerima laporan daripada seorang pegawai penyelidik berusia 38 tahun.

Menurutnya, kejadian bermula pada 9 November 2025, apabila mangsa membuat tempahan penginapan di ‘Miri Bungalow Homestay’ melalui akaun Facebook Vacation Rentals.

“Mangsa membuat pembayaran secara dalam talian ke akaun bank yang digunakan suspek, namun selepas bayaran dibuat, semua usaha menghubungi pihak berkenaan melalui WhatsApp tidak dijawab,” katanya.

Mangsa yang curiga kemudian pergi sendiri ke lokasi homestay tersebut, namun diberitahu pihak pengurusan bahawa mereka tidak pernah menerima sebarang tempahan atas namanya. 

Mangsa seterusnya membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Hasil siasatan awal, suspek mendakwa pernah menyerahkan maklumat peribadinya kepada seorang lelaki kononnya untuk urusan pinjaman peribadi pada 2023, dan mendakwa tidak mengetahui kewujudan transaksi RM740 itu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, sebat dan denda jika sabit kesalahan.

DSP Mathew memaklumkan bahawa suspek akan didakwa di Mahkamah Saratok pada 12 Disember nanti.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lelaki ditahan bersama syabu RM6,000 di Lawas
Next: JKDM Sibu rungkai sindiket minuman keras, enam kontena dirampas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.