Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah hadiri sarapan pagi bersama ahli-ahli Senator Sarawak
  • SEMASA

Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah hadiri sarapan pagi bersama ahli-ahli Senator Sarawak

Utusan Sarawak 6 hours ago
Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri beliau Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi hari ini telah mengadakan Majlis Sarapan Pagi bersama ahli-ahli Senator Sarawak di kediaman rasmi, di Petra Jaya.
Foto: Astana Sarawak

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri beliau Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi hari ini telah mengadakan Majlis Sarapan Pagi bersama ahli-ahli Senator Sarawak di kediaman rasmi, di sini.

Hadir dalam sesi tersebut ialah Senator Dato Ahmad Ibrahim, Senator Rita Sarimah, Senator Dr Susan Anding, Senator Michael Lihan, Senator Pele Peter Tinggom, Senator Robert Lau Hui Yew serta bekas Senator Datuk Paul Igai.

Majlis itu menjadi wadah perbincangan mengenai tanggungjawab dan fungsi Dewan Negara sebagai badan semakan dalam proses penggubalan undang-undang serta sistem perundangan negara.

Dalam pertemuan tersebut, Tun Wan Junaidi turut menyentuh keperluan para senator untuk memahami secara mendalam fungsi, sejarah dan peranan sebenar Senator yang berimpak tinggi dalam menyumbang kepada kestabilan, kesinambungan dan integriti sistem legislatif negara.

Tun Wan Junaidi juga menekankan kepentingan para Senator untuk berperanan lebih kritis dalam meneliti, menambah baik dan menyemak rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat agar dasar-dasar negara dapat dilaksanakan dengan lebih mantap dan menyeluruh sekali gus mempertingkatkan pemahaman rakyat mengenai fungsi Dewan Negara.

Selain itu, para Senator turut berkongsi pandangan mengenai usaha memperkukuh proses semak dan imbang dalam Parlimen, termasuk memastikan kepentingan Sarawak terus diberi perhatian sewajarnya dalam perbahasan dasar dan penggubalan undang-undang.

Tun wan Junaidi merakamkan penghargaan atas dedikasi para Senator dalam memikul amanah perundangan negara serta sokongan mereka terhadap agenda kemajuan Sarawak.

Beliau menegaskan bahawa suara Sarawak dalam Dewan Negara amat penting dalam memastikan kepentingan wilayah ini sentiasa terpelihara dalam kerangka Persekutuan.

Tun Wan Junaidi juga menzahirkan penghargaan kepada ahli-ahli Senator Sarawak atas komitmen bersama dalam memperkukuh institusi Parlimen dan memastikan kesejahteraan rakyat terus menjadi keutamaan.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: MySED fokus perkasakan usahawan belia Sarawak bagi 2026
Next: DUN: 44 kes buli dilaporkan di Sarawak dalam tempoh 10 bulan 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.