Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BBP Sarikei laksana khidmat khas musnah sarang tebuan
  • Tengah
  • WILAYAH

BBP Sarikei laksana khidmat khas musnah sarang tebuan

Utusan Sarawak 8 hours ago
DIMUSNAHKAN….Sarang tebuan dimusnahkan oleh anggota bomba. Foto BBP Sarikei

SARIKEI: Sarang tebuan di dinding sebuah kilang di Jalan Repok berjaya dimusnahkan oleh pihak bomba dalam operasi khidmat khas pada petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei, Arrahman Chik, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 6.33 petang.

“Dua orang anggota bomba bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan.

“Setibanya di lokasi, dapati sarang tebuan berada pada ketinggian 15 kaki di dinding kilang,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, anggota bomba memakai pakaian pelindung diri (PPE) sebelum memulakan operasi memusnahkan sarang tebuan.

“Anggota bomba menggunakan tangga untuk naik ke dinding di ketinggian 15 kaki dan dua tin racun serangga bagi memusnahkan sarang tebuan.

“Sarang tebuan berjaya dimusnahkan dalam tempoh lebih kurang 20 minit.

“Khidmat khas selesai sepenuhnya pada 6.58 petang,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Rondaan MTL: Paras air Sungai Nyelong kekal terkawal
Next: Pendidikan digital perlu diperkukuh agar pelajar tidak ketinggalan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.