Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • JKR Sibu pantau ujian Ketumpatan Tapak Projek RTP 2025 di Jalan Rumah Ganyai
  • Tengah
  • WILAYAH

JKR Sibu pantau ujian Ketumpatan Tapak Projek RTP 2025 di Jalan Rumah Ganyai

Utusan Sarawak 8 hours ago
PEGAWAI JKR Bahagian Sibu menjalankan Ujian Ketumpatan Tapak (FDT) sebagai sebahagian proses kawalan mutu kerja menaik taraf Jalan Rumah Ganyai, Duat, Selangau. Foto DUN N.59 Tamin

SELANGAU: Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sibu menjalankan sesi pemantauan Ujian Ketumpatan Tapak (FDT) semalam bagi Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) 2025 yang melibatkan kerja menaik taraf Jalan Rumah Ganyai, Duat di sini.

JKR dalam kenyataan memaklumkan bahawa ujian FDT merupakan komponen penting dalam kawalan mutu bertujuan memastikan ketumpatan serta ketebalan lapisan lapisan atas jalan mencapai spesifikasi teknikal sebelum kerja turapan tar dilakukan.

Menurut jabatan itu, pelaksanaan ujian tersebut juga penting bagi menjamin kualiti dan ketahanan permukaan jalan sekali gus memastikan keseluruhan proses pembinaan mematuhi standard keselamatan yang ditetapkan.

Pemantauan berkala turut dilaksanakan bersama agensi teknikal berkaitan bagi memastikan setiap fasa pembinaan berjalan mengikut keperluan projek, selain menjamin hasil akhir yang memberi manfaat kepada penduduk setempat.

Sementara itu, Pejabat Pusat Khidmat DUN Tamin memaklumkan pihaknya akan terus memantau perkembangan projek berkenaan bagi memastikan penduduk Rumah Ganyai dan komuniti sekitar menikmati kemudahan jalan yang lebih selesa dan selamat.

Turut hadir pada sesi pemantauan itu ialah Pegawai Pusat Khidmat DUN Tamin, Kaunselor Nyireng Saleh. Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Polis perhebat pemantauan sekolah dan rumah ibadat di Meradong
Next: Rondaan MTL: Paras air Sungai Nyelong kekal terkawal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.