Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Nelayan ditahan bersama syabu dalam kereta di Lawas
  • JENAYAH

Nelayan ditahan bersama syabu dalam kereta di Lawas

Utusan Sarawak 9 hours ago
NELAYAN SYABU… Suspek yang ditahan bersama syabu. Foto IPD Lawas

LAWAS: Seorang nelayan yang mempunyai lima rekod lampau dadah dicekup bersama syabu yang disorokkan dalan kereta yang diparkir di tepi jalan Pekan Sundar, Lawas semalam.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan berkata suspek berusia 35 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dalam operasi 4.00 petang.

“Pemeriksaan lanjut terhadap suspek telah membawa penemuan satu kotak plastik berwarna perang yang mengandungi dua paket plastik dan satu keratan tiub straw berisi hablur-hablur kristal jernih disyaki dadah jenis syabu.

“Susulan itu, suspek ditangkap dan barang disyaki dadah berat anggaran kasar 1.70 gram juga dirampas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

NELAYAN SYABU… Suspek yang ditahan bersama syabu. Foto IPD Lawas

DSP Liong mengesahkan hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Semakan kesalahan lampau terhadap suspek mendapati mempunyai lima kesalahan lampau berkaitan dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: 92 saman dikeluarkan dalam Operasi Samseng Jalanan di Kuching
Next: 82 individu ditahan dalam Op Tapis Narkotik di Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.