
SIBU: Kira-kira 100 Tuai Rumah termasuk Ketua Masyarakat dan Ketua Kampung (KMKK) dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Dudong telah mengadakan lawatan ke Kuching, hari ini.
Lawatan dianjurkan Parti Demkoratik Progresif (PDP) Bahagian Dudong itu diketuai oleh pengerusinya Datuk Teo Boon Siew.
Para rombongan akan berada di Kuching selama tiga hari dua malam bermula hari ini hingga Rabu ini.
Objektif utama lawatan ini adalah bertujuan untuk melawat DUN Sarawak yang kini sedang bersidang.
Sepanjang lawatan ke DUN untuk menyaksikan proses persidangan di dewan dengan lebih dekat lagi bagi memberi pendedahan kepada KMKK, para rombongan juga turut mengadakan kunjungan hormat kepada wakil-wakil rakyat PDP termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong, Dato Sri Tiong King Sing.
Di samping itu, para rombongan juga akan turut melawat beberapa tempat menarik di sekitar Kuching.
Oleh Tarani Lanting