
SIBU: Seramai 28 penghuni rumah pekerja di Jalan Sendayan Baru, Sibu Jaya kehilangan tempat tinggal apabila kediaman mereka musnah dalam kebakaran malam tadi.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Andy Alie berkata, kebakaran membabitkan 25 pintu rumah pekerja jenis rumah kayu telah terbakar 100 peratus.
Katanya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada 9.20 malam.
“Seramai tujuh pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Jaya dan tujuh anggota dari BBP Sibu Sentral bersama jentera bergegas ke lokasi kejadian.
“Anggota pemadaman membentang 1 aliran 800 kaki , dua nozel satu cabang pembahagi sumber air dari jentera sehingga api berjaya padam sepenuhnya.
“Operasi memadam kebakaran tamat pada 11.30 malam, tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” ujarnya menerusi kenyataan hari ini.
Oleh Akun Giman