Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Enam penghuni selamat, rumah kayu di Kampung Buang Abai terbakar
  • KEBAKARAN

Enam penghuni selamat, rumah kayu di Kampung Buang Abai terbakar

Utusan Sarawak 1 hour ago
TERKAWAL…Anggota bomba berjaya memadam kebakaran dan memastikan api tidak merebak.

LIMBANG: Enam penghuni berjaya menyelamatkan diri selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Buang Abai, di sini, pagi tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sarawak, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang menerima panggilan kecemasan pada 9.56 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian yang terletak sekitar 14 kilometer dari balai.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah kayu yang terbakar sepenuhnya. Anggota bomba berjaya memadamkan kebakaran menggunakan satu aliran 200 kaki dengan dua nozel, bersumberkan air dari tangki jentera,” katanya dalam kenyataan itu.

Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan kerana semua penghuni sempat keluar dari rumah ketika kejadian.

Operasi pemadaman ditamatkan pada 11.00 pagi selepas keadaan disahkan selamat dan terkawal.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Dua unit kedai urut hangus dalam kebakaran di Jalan Abang Galau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.