Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis perhebat operasi tangkapan pengedar dadah di Kuching
  • JENAYAH

Polis perhebat operasi tangkapan pengedar dadah di Kuching

Utusan Sarawak 2 hours ago
POLIS melakukan rondaan memeriksa pengedar dadah. Foto IPD Kuching

KUCHING: Pihak polis telah melaksanakan Ops Tapis Khas Narkotik selama empat hari dari 17 November lalu hingga semalam bagi mengekang kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah di sekitar bandar ini.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata seramai 46 individu telah ditahan sepanjang operasi atas pelbagai kesalahan dadah. Berdasarkan jumlah tersebut, dua suspek ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang menjadi fokus utama operasi manakala dua lagi ditahan di bawah Seksyen 39A(1). 

POLIS melakukan rondaan memeriksa pengedar dadah. Foto IPD Kuching

Lima individu ditahan di bawah Seksyen 12(2), manakala 37 orang ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a). Daripada 37 yang ditahan, lima didakwa di bawah Seksyen 39C kerana penggunaan dadah secara berulang.

Alexson mengesahkan beberapa jenis dadah dirampas sepanjang operasi, termasuk 1,067.25 gram methamphetamine dan 12 gram pil psikotropik dengan anggaran nilai keseluruhan RM41,145.70.

“Kesemua suspek telah dibawa ke Mahkamah Kuching dan didakwa mengikut kesalahan masing-masing.

“Kejayaan ini hasil risikan berterusan dan kerjasama orang awam,” ujar Alexson.

POLIS melakukan rondaan memeriksa pengedar dadah. Foto IPD Kuching

Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam pengedaran dadah iaitu memiliki, mengedar atau melindungi aktiviti dadah adalah kesalahan serius di sisi undang-undang.

“Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) komited memerangi dadah demi melindungi generasi masa kini dan akan datang. Dadah adalah musuh nombor satu negara,” katanya.

Orang ramai boleh menyalurkan maklumat melalui talian JSJN di 012-208 7222 atau talian JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di 017-592 9211.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: JSJN rampas dadah bernilai RM41,017.80 dalam dua serbuan di Kuching
Next: Jurutera di Sibu ditipu pelaburan atas talian, RM247,000 lesap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.