Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Dua unit kedai urut hangus dalam kebakaran di Jalan Abang Galau
  • KEBAKARAN

Dua unit kedai urut hangus dalam kebakaran di Jalan Abang Galau

Utusan Sarawak 6 hours ago
ANGGOTA bomba melakukan pemadaman ke atas dua unit kedai urut di tingkat tiga bangunan terbabit di Jalan Abang Galau, Bintulu.

BINTULU: Dua unit kedai urut di tingkat tiga sebuah bangunan di Jalan Abang Galau, di sini musnah sepenuhnya dalam kebakaran yang berlaku lewat malam tadi.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.07 malam berhubung kejadian itu.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati kebakaran melibatkan dua unit kedai urut di tingkat tiga bangunan berkeluasan kira-kira 40 x 40 kaki persegi dan telah musnah 100 peratus,” katanya dalam satu kenyataan.

Pasukan operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu melakukan pemadaman menggunakan satu aliran 200 kaki dan dua nozel di bahagian hadapan dan kanan bangunan.

Pasukan bantuan dari BBP Kidurong membuat pemadaman dari bahagian luar dan belakang bangunan menggunakan satu aliran 200 kaki dua nozel.

“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dan operasi pemadaman berjaya dikawal pada 11.40 malam,” ujarnya.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.38 pagi selepas kerja-kerja pemeriksaan menyeluruh dilaksanakan bagi memastikan tiada punca api tertinggal.

Oleh Carolyne Utih

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kebakaran rumah dua tingkat di Batu Lintang, 50 peratus musnah
Next: Enam penghuni selamat, rumah kayu di Kampung Buang Abai terbakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.