Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Penganggur ditahan bersama 5.2 gram syabu di Limbang
  • JENAYAH

Penganggur ditahan bersama 5.2 gram syabu di Limbang

Utusan Sarawak 6 hours ago
BARU BERJINAK – Suspek bersama syabu seberat 5.2 gram yang dirampas. Foto: Polis Limbang

LIMBANG: Seorang penganggur berusia 37 tahun menerima padah apabila ditahan bersama dadah jenis syabu dalam satu operasi di Kampung Mengari, Jalan Mendamit, semalam.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintenden Parum Niot, berkata suspek ditahan pada 1.30 petang menerusi operasi bersepadu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang.

“Dalam serbuan itu, polis merampas satu paket plastik lut sinar berisi dadah disyaki jenis syabu seberat 5.20 gram,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Foto: Polis Limbang

Hasil semakan mendapati suspek tiada rekod lampau dan dipercayai mula terlibat dalam penagihan dadah sejak awal tahun ini. Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif amphetamine dan methamphetamine.

Suspek kini disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Polis rampas pedang, senapang patah dan peluru susulan kes khianat di Lawas
Next: Wanita di Kuching rugi RM103,600 terpedaya tawaran kerja sambilan atas talian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.