Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program Sembang Santai PDRM dekati komuniti rumah panjang di Lubok Antu
  • WILAYAH

Program Sembang Santai PDRM dekati komuniti rumah panjang di Lubok Antu

Utusan Sarawak 3 hours ago
PROGRAM Sembang Santai bersama Tuai Rumah dan penduduk setempat melibatkan dua lokasi iaitu Nyemungan Panjai dan Rumah Panjang Sungai Ara, semalam. Foto IPD Lubok Antu

LUBOK ANTU: Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah (BSJKD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu melaksanakan Program Sembang Santai bersama Tuai Rumah dan penduduk setempat melibatkan dua lokasi iaitu Nyemungan Panjai dan Rumah Panjang Sungai Ara, semalam.

Program tersebut disertai anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terdiri daripada Sarjan Senda Luseh dan Lans Koperal Syahrul Amirul Ikram dari BSJKD, manakala seramai 54 penduduk setempat hadir merangkumi golongan belia, dewasa dan warga emas.

Sesi berkenaan memberi tumpuan kepada pendedahan mengenai trend semasa jenayah komersil serta peranan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) dalam membanteras kes-kes penipuan yang terus berkembang.

Turut dikongsikan ialah penerangan mengenai fungsi Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) 997, aplikasi keselamatan Whoscall serta promosi Kod QR E-Book Jenayah Komersil sebagai bahan rujukan masyarakat.

Penduduk turut diberikan penjelasan mengenai isu ‘keldai akaun’ yang sering menyasarkan komuniti luar bandar, termasuk modus operandi sindiket yang semakin licik.

Menurut penganjur, program ini dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai ancaman jenayah komersil selain memupuk tanggungjawab bersama dalam mencegah penipuan atas talian.

Ia juga memperkenalkan pelbagai saluran aduan dan semakan seperti NSRC 997, Whoscall, Portal Semak Mule/CCID Check, Facebook CyberAlertRMP serta laman rasmi JSJK PDRM.

Program berjalan lancar dan menerima maklum balas positif daripada penduduk, yang turut menyatakan komitmen untuk menyebarkan maklumat daripada E-Book JSJK kepada ahli keluarga, rakan dan komuniti mereka.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Wanita PBB Machan hulur sumbangan kepada pesakit OKU dan individu sakit kronik
Next: Tradisi Kedayan diperkukuh, Makan Tahun Kuala Nyalau dirancang dalam skala lebih besar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.