Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • ADVERTORIAL
  • Pelajar cemerlang Sarawak terima Penajaan Pendidikan PETRONAS, buktikan impian jadi nyata
  • ADVERTORIAL

Pelajar cemerlang Sarawak terima Penajaan Pendidikan PETRONAS, buktikan impian jadi nyata

Utusan Sarawak 12 hours ago
ANTARA pelajar cemerlang dari Sarawak yang menerima Penajaan Pendidikan PETRONAS 2025.

KUCHING: Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) melalui Penajaan Pendidikan PETRONAS menganugerahkan tajaan pendidikan kepada pelajar cemerlang yang terpilih dari Sarawak dalam satu majlis yang berlangsung penuh bermakna.

Majlis yang diadakan itu turut menyaksikan kehadiran wakil PETRONAS, guru-guru serta ahli keluarga pelajar yang hadir bagi memberi sokongan moral kepada penerima tajaan.

Penajaan Pendidikan PETRONAS merupakan antara inisiatif terpenting syarikat ini dalam memperkasa ilmu dan bakat muda Malaysia melalui peluang pendidikan tinggi yang berkualiti, khususnya dalam bidang kejuruteraan dan teknologi.

TAJAAN PETRONAS… Liechester Liah Luhat dari Sibu, pelajar lepasan SMK Chung Hua Sibu penerima Penajaan Pendidikan PETRONAS 2025.

Salah seorang penerima Penajaan Pendidikan PETRONAS ialah Liechester Liah Luhat, 18, dari Sibu, berketurunan Kayan dan Iban merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik dan lulusan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chung Hua Sibu dengan keputusan 6A+ dan 3A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Liechester mengetahui tentang Penajaan Pendidikan PETRONAS ini melalui perkongsian salah seorang rakan sekolahnya di media sosial dan mula membuat penyelidikan tentang tajaan tersebut serta universiti yang bakal dimohon iaitu, Universiti Teknologi PETRONAS (UTP).

“Ini merupakan peluang untuk melanjutkan pengajian tanpa membebankan ibu saya yang merupakan ibu tunggal serta menjadi pendorong utama untuk memohon tajaan ini.

“Saya memilih jurusan kejuruteraan kimia kerana minat mendalam terhadap sains dan keinginan menyumbang kepada pembangunan masyarakat melalui inovasi teknologi,” katanya.

TAHNIAH… Haziq Halifi Hajemat dari Kuching, pelajar lepasan SM Sains Kuching Utara penerima Penajaan Pendidikan PETRONAS 2025.

Bagi Haziq Halifi Hajemat dari Kuching, sokongan keluarga dan guru-guru menjadi pemangkin untuk beliau memohon tajaan pendidikan penuh dari PETRONAS.

Pelajar lepasan Sekolah Menengah (SM) Sains Kuching Utara itu amat meminati bidang teknologi dan sains sejak kecil dan memilih untuk melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan mekanikal.

“Pengalaman mendengar kisah para senior yang pernah menerima Penajaan Pendidikan PETRONAS membuka mata saya tentang nilai sebenar tajaan ini yang bukan hanya berbentuk kewangan tetapi juga pembangunan diri secara holistik.

“Pengalaman kehidupan di sekolah berasrama memberi cabaran tersendiri bagi saya dari segi tekanan jadual yang padat serta keperluan untuk mengurus emosi dan kesejahteraan diri.

“Namun, melalui pengurusan masa yang baik dan sokongan rakan-rakan, saya belajar untuk kekal fokus dan terus berusaha walaupun dalam keadaan tertekan,” luahnya.

Haziq turut berkongsi perasaan sebaknya apabila mengetahui dirinya terpilih sebagai penerima tajaan, mengenang arwah bapanya yang sentiasa menjadi penyokong utama dalam setiap langkah hidupnya.

“Walaupun pemergian bapa saya merupakan satu kehilangan yang amat besar, semangat dan dorongan yang pernah diberikan tetap menjadi kekuatan untuk saya terus maju,” tambahnya.

TAHNIAH… Christopher Alta Francis dari Samarahan, pelajar lepasan SMK Wira Penrissen penerima Penajaan Pendidikan PETRONAS 2025.

Bagi Christopher Alta Francis dari Samarahan, minat terhadap kimia dan fizik telah membentuk cita-citanya untuk menjadi jurutera kimia sejak kecil.

“Saya merupakan pelajar dari SMK Wira Penrissen, saya mengetahui tentang penajaan ini melalui guru kaunseling sekolah dan juga media sosial. Seterusnya, saya melakukan penyelidikan lanjut mengenai tajaan tersebut.

“Saya mempunyai lima beradik dan kakak saya, seorang jururawat di Pusat Jantung Sarawak merupakan sumber inspirasi utama saya.

“Setelah kehilangan bapa saya, kakak memainkan peranan penting sebagai tulang belakang keluarga. Pengorbanannya menjadi kekuatan utama saya untuk berjaya,” jelasnya.

Christopher mengakui kesukaran memahami subjek SPM dalam masa yang singkat sebagai cabaran terbesar, namun berjaya mengatasinya melalui teknik belajar berkesan dan jadual belajar yang teratur.

“Bagi saya Penajaan Pendidikan PETRONAS membuka laluan menyeluruh ke arah masa depan yang cemerlang melalui pendidikan bertaraf dunia, latihan industri dan bimbingan kepimpinan,” ujarnya.

Ketiga-tiga pelajar turut menyampaikan ucapan penghargaan kepada PETRONAS atas peluang yang diberikan dan bertekad akan memberikan yang terbaik sepanjang tempoh pengajian mereka.

Mereka juga menggesa rakan-rakan pelajar lain agar tidak mudah berputus asa dan sentiasa percaya pada potensi diri dalam mengejar peluang untuk mendapatkan penajaan pendidikan penuh, walaupun persaingannya agak sengit.

Penajaan pendidikan bukan sahaja membantu meringankan beban kewangan keluarga pelajar malah membentuk generasi profesional yang bersedia menyumbang kepada industri tenaga dan pembangunan negara.

Inisiaitif ‘PETRONAS Powering Knowledge’ atau PETRONAS Memperkasakan Ilmu terus komited melahirkan lebih ramai pemimpin masa hadapan yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah memiliki nilai kepimpinan yang tinggi serta keinginan untuk berbakti kepada masyarakat.

Oleh Masrin Affirah

Tags: ADVERTORIAL

Continue Reading

Previous: Penebusan Emart Prosperity Coin Box curi perhatian orang ramai  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.