
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri hingga 7.00 malam ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan cuaca buruk diramal berlaku di Melaka, Negeri Sembilan dan Perak (Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).
Selain itu, Terengganu (Dungun dan Kemaman), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Kuantan dan Bera), Johor (Tangkak, Segamat dan Muar), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Kuching, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sibu (Sibu), Mukah (Daro dan Matu), Kapit (Belaga), Miri (Telang Usan) dan Limbang.
Sementara itu, di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna) dan Sandakan (Tongod) serta Wilayah Persekutuan Labuan.
— BERNAMA