Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Taufan Uwan: Jumlah kematian di Filipina meningkat kepada 33, lebih 7.5 juta terjejas
  • GLOBAL

Taufan Uwan: Jumlah kematian di Filipina meningkat kepada 33, lebih 7.5 juta terjejas

Utusan Sarawak 5 hours ago
KANAK-kanak meredah jalan yang dinaiki air, melepasi kenderaan rosak yang dihanyutkan selepas Taufan Hebat Fung-wong mendarat di Tigaon, wilayah Camarines Sur, selatan Manila pada 10 November 2025. Foto AFP

MANILA: Jumlah korban akibat Taufan Super Uwan (nama antarabangsa Fung-wong) meningkat kepada 33 orang, dengan lebih daripada tujuh juta penduduk terjejas, kebanyakannya masih berada di pusat pemindahan, lapor Agensi Berita Filipina (PNA).

Dalam laporan terbaharunya pada Rabu, Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan (NDRRMC) berkata lebih 7.5 juta penduduk di 16 wilayah di seluruh negara terjejas.

Uwan, antara siklon terkuat melanda negara itu tahun ini, turut merosakkan 271,023 rumah dan memusnahkan 25,764 lagi di 14 wilayah, menurut NDRRMC.

Presiden Filipina Ferdinand R. Marcos Jr. telah mengarahkan operasi bantuan dan pemulihan dijalankan 24 jam di kawasan yang dilanda taufan kuat itu, sambil mengarahkan semua agensi kerajaan berada dalam keadaan bersiap siaga penuh, menurut PNA.- Bernama-PNA

Continue Reading

Previous: Tandas emas karya seniman Itali dijual pada harga AS$12 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.