


OITA (Jepun): Seorang lelaki berusia lingkungan 70-an dilaporkan hilang selepas kebakaran besar memusnahkan lebih 170 bangunan di kawasan kediaman padat di bandar Oita, menurut pihak berkuasa tempatan pada Rabu, lapor Kyodo News.
Pasukan bomba masih berusaha memadam kebakaran yang tercetus di daerah Saganoseki di bandar barat daya Jepun itu pada Selasa.
Pihak berkuasa bandar Oita memaklumkan lebih 170 penduduk telah dipindahkan.
Kebakaran yang dilaporkan kepada polis melalui panggilan kecemasan itu bermula di kawasan kediaman yang terletak di timur laut pelabuhan perikanan Saganoseki.- Bernama-Kyodo