Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Persiapan musim tengkujuh: NADMA salur kit makanan ke Limbang, Lawas
  • Utara
  • WILAYAH

Persiapan musim tengkujuh: NADMA salur kit makanan ke Limbang, Lawas

Utusan Sarawak 3 hours ago
PERSIAPAN AWAL… APM Lawas menerima kit makanan NADMA 2025 bagi menghadapi MTL. Foto APM Lawas 

LAWAS: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menyediakan 300 kit makanan untuk Daerah Limbang dan Lawas melalui Angkatan Pertahanan Awam (APM) di kedua-dua daerah itu semalam.

Kit makanan ini merupakan sebahagian daripada persiapan awal NADMA dalam menghadapi musim tengkujuh dan banjir.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Lawas Leftenan (PA) Maradona Tatah berkata, kit makanan NADMA 2025 disalurkan melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Sabah ke FAMA Daerah Lawas.

“Dari jumlah itu sebanyak 150 kit makanan NADMA dan 120 makanan ‘retort’ diagihkan masing-masing kepada APM Lawas dan APM Limbang,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Maradona menjelaskan penyaluran kit makanan ini adalah sebahagian daripada persiapan menghadapi musim Monsun Timur Laut (MTL) serta memastikan bantuan dapat digerakkan dengan lancar kepada komuniti yang memerlukan.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pembersihan saliran Jalan Ming Chiang siap dilaksanakan
Next: Program madu kelulut perkasa ahli BAKAT tingkat ekonomi keluarga ATM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.