Curaçao, negara kecil catat sejarah layak Piala Dunia 2026

Facebook
WhatsApp
Kapten Cape Verde, Ryan Mendes (tengah), berkata negaranya yang kecil kini dilanda gelombang kegembiraan selepas berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia 2026. Foto AFP

PARIS: Negara kecil Curaçao (populasi 156,000) buat kejutan apabila layak ke Piala Dunia 2026 selepas seri 0-0 dengan Jamaica. 

Penalti saat akhir Jamaica dibatalkan VAR — sekali gus selamatkan impian Curaçao.

Haiti pula tamatkan penantian 52 tahun untuk kembali ke Piala Dunia selepas menang 2-0 ke atas Nicaragua, walaupun terpaksa bermain “tuan rumah” di Curaçao akibat kekacauan di negara sendiri.

Panama juga tempah tiket automatik dengan kemenangan 3-0 ke atas El Salvador.

Suriname pula melepas peluang — jatuh ke ‘playoff’ – AFP