Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Fast-EV: Aplikasi pengecasan EV pertama tempatan dilancar di Sarawak
  • TEMPATAN

Fast-EV: Aplikasi pengecasan EV pertama tempatan dilancar di Sarawak

Utusan Sarawak 11 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUCHING: Sarawak hari ini mencapai  satu kejayaan penting dalam perjalanan mobiliti hijaunya menerusi pelancaran awal ‘Fast-EV’ iaitu aplikasi pengecasan kenderaan elektrik (EV) pertama yang dibangunkan secara tempatan di negeri itu.

Pelancaran yang diterajui oleh SDEC Karuna JV Sdn Bhd (SKJV) itu turut menyaksikan pembukaan rasmi stesen pengecasan DC (arus terus) Fast-EV berkapasiti 120 kilowatt (kW) di Plaza Merdeka di sini serta sebuah pengecas AC (arus ulang-alik) 22 kW yang berdekatan Hotel The Waterfront.

Dibangunkan sepenuhnya di Sarawak, Fast EV bukan sekadar satu pencapaian teknologi sebaliknya ia melambangkan komitmen berani negeri itu dalam memajukan ekosistem mobiliti yang mampan, digital dan rendah karbon.

“Aplikasi ini membolehkan pengguna mencari, mengaktifkan dan membayar sesi pengecasan EV dengan mudah selain menggabungkan fungsi moden dengan inovasi yang dipacu oleh pihak tempatan,” kata SKJV dalam satu kenyataan hari ini.

Syarikat itu berkata, pihaknya diberi tanggungjawab untuk mempercepatkan penerimaan mobiliti elektrik di seluruh negeri dengan memastikan rangkaian pengecas EV yang luas dan boleh dipercayai terutamanya di sepanjang laluan antara bandar yang menghubungkan pusat populasi dan ekonomi utama.

Katanya, ini seiring dengan usaha untuk memajukan Rangkaian Mobiliti Hijau Sarawak dan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

“Inisiatif ini akan membolehkan perjalanan EV antara bandar yang lancar dan dijangka direalisasikan sepenuhnya menjelang 2030 dengan sasaran 400 pengecas yang akan dipasang secara strategik di seluruh Sarawak.

“Fast-EV komited sepenuhnya untuk menyokong visi perubahan ini selain berperanan sebagai pemangkin dalam memajukan hasrat Sarawak untuk menjadi peneraju serantau dalam mobiliti mampan dan teknologi hijau,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar SKJV Muhammad Fai’zzul Zaidi berkata Fast-EV mewakili keupayaan Sarawak untuk berinovasi secara tempatan sambil menyokong matlamat tenaga bersih dan perubahan digital negeri itu.

“Inisiatif ini menunjukkan bagaimana teknologi yang dicipta di Sarawak dapat menyediakan penyelesaian praktikal serta mampan yang memperkasakan komuniti dan ekonomi,” katanya.

Seiring dengan pelancaran ini, pengguna baharu Fast-EV akan menerima kredit pengecasan percuma bernilai RM100 yang boleh ditebus melalui aplikasi Fast-EV dan ia sah dari hari ini sehingga 17 Feb, 2026.

Inisiatif Fast-EV merupakan pemangkin utama di bawah PCDS 2030 iaitu di bawah tiang ekonomi digital dan peralihan tenaga.

“Ia selaras dengan visi Sarawak untuk menjadi ekonomi digital yang makmur, terangkum dan mampan menjelang 2030 iaitu berasaskan kepada inovasi, bakat tempatan serta teknologi hijau,” tambah kenyataan itu.

-BERNAMA

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sebastian Ting says cultural events are the foundation of Sarawak tourism
Next: Chong Chieng Jen urges Works Ministry to allow contract price review following higher transport costs

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.