Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Belia Sarawak disaran tingkatkan kesiapsiagaan hadapi cabaran digital
  • TEMPATAN

Belia Sarawak disaran tingkatkan kesiapsiagaan hadapi cabaran digital

Utusan Sarawak 6 hours ago
DATUK Len Talif Salleh merakamkan gambar kenangan bersama peserta yang hadir pada Program Keselamatan Digital & Pemerkasaan Belia di TEGAS Digital Village, Kuching. Foto Ukas

KUCHING: Golongan belia di Sarawak disaran untuk meningkatkan kesiapsiagaan digital dan memanfaatkan peluang baharu selari dengan usaha negeri membangunkan ekosistem inovasi yang lebih berdaya tahan.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh, berkata langkah itu penting bagi memastikan belia terus relevan dalam arus perkembangan teknologi masa kini.

Beliau yang juga Pengerusi TEGAS turut menzahirkan penghargaan terhadap komitmen peserta yang sanggup meluangkan masa hujung minggu mereka mengikuti aktiviti berkaitan keselamatan siber ketika berucap pada Program Keselamatan Digital & Pemerkasaan Belia di TEGAS Digital Village (TDV) di sini, hari ini.

“Daripada pagi hingga malam anda berada di sini, dan semangat yang ditunjukkan amat mengagumkan saya. Ia membuktikan kesungguhan anak muda kita mempersiapkan diri menghadapi dunia digital,” katanya.

DATUK Len Talif Salleh berucap pada Program Keselamatan Digital & Pemerkasaan Belia di TEGAS Digital Village, Kuching, hari ini. Foto Ukas.

Beliau turut mengimbas perkembangan TEGAS sejak ditubuhkan pada 2012, yang bermula dengan inisiatif pendidikan teknikal sebelum berkembang kepada pemerkasaan ekonomi digital.

Dalam ucapannya, Datuk Len Talif turut berkongsi mengenai pembangunan TEGAS Lodge Sarawak (TLS), fasa terbaharu yang akan dibangunkan di kawasan seluas enam hektar bersebelahan TDV sebagai pusat inovasi sehenti untuk bakat tempatan dan digital nomad antarabangsa. Projek tersebut dijangka siap antara 2027 hingga 2028.

Beliau turut menggalakkan belia untuk terus menyertai dan memanfaatkan pelbagai inisiatif digital di bawah ekosistem TEGAS.

“Ini baru permulaan. Kami mahu mewujudkan persekitaran di mana anda boleh belajar, membina dan mengembangkan syarikat baharu anda sendiri,” tambahnya.

Datuk Len Talif juga berharap penglibatan belia dalam program akan datang terus dipertingkatkan bagi melahirkan generasi yakin diri serta berkemahiran digital.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada penganjur, rakan kerjasama dan sukarelawan, selain mengumumkan sumbangan RM500 daripada TEGAS kepada setiap pemenang yang menerima pengiktirafan pada majlis penyampaian anugerah program berkenaan. – Ukas

Continue Reading

Previous: Sarawak jalin kerjasama dengan GRA, IHA perkukuh tenaga boleh baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.