Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki maut dalam kemalangan di Jalan Tanjung Bako
  • KEMALANGAN

Lelaki maut dalam kemalangan di Jalan Tanjung Bako

Utusan Sarawak 15 hours ago
Gambar kerosakan motor di lokasi kejadian.

KUCHING: Seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 50-an maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan sebuah lori tanah di Kampung Muhibbah, Jalan Tanjung Bako, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian sekitar 2.30 petang itu, mangsa yang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar bahagian kanan sebuah lori tanah yang berhenti di selekoh jalan bagi kerja pembuangan tanah.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, penunggang motosikal berkenaan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan Unit Kecemasan Hospital Umum Sarawak sekitar 3.45 petang.

Gambar kedudukan lori di lokasi kejadian.

“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian. Jika disabitkan, ia boleh membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda RM50,000,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau turut meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Insp. Charlie Aloysius di talian 014-8682068 atau 082-259900 (BSPTD Kuching), atau menghubungi balai polis berhampiran.

Orang ramai turut dinasihati supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi undang-undang jalan raya bagi mengelakkan kemalangan.

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Seorang lelaki tidak sedarkan diri dalam kemalangan empat kenderaan di Jalan Satok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.