Ferran Torres (kiri) dari Sepanyol memastikan kemenangan 10 minit sebelum rehat apabila menyempurnakan hantaran silang daripada Mikel Oyarzabal. Foto AFP
PARIS: Sepanyol hampir mengesahkan tempat ke Piala Dunia 2026 selepas membelasah Georgia 4-0, mengekalkan rekod sempurna tanpa bolos dalam lima perlawanan.
Turkiye kekal tiga mata di belakang selepas menang 2-0 ke atas Bulgaria, tetapi perlu menang besar ke atas Sepanyol pada Selasa untuk merampas tempat automatik.
Switzerland juga hampir layak setelah menewaskan Sweden 4-1, namun kekalahan besar kepada Kosovo pada perlawanan terakhir sahaja yang boleh menggagalkan mereka.
Kosovo mengekalkan persaingan selepas menang 2-0 ke atas Slovenia.

Austria menghampiri kelayakan selepas menang 2-0 di Cyprus, tetapi Bosnia menewaskan Romania 3-1 untuk memastikan Kumpulan H turut ditentukan pada aksi terakhir.
Belgium gagal menempah tiket awal setelah seri 1-1 di Kazakhstan, namun dijangka layak dengan mudah kerana akan bertemu Liechtenstein — pasukan yang kalah semua perlawanan.

Belgium kekal di puncak Kumpulan J dengan 15 mata, dua mata di depan Macedonia Utara dan Wales.

Dalam aksi lain, Denmark dan Scotland terus bersaing rapat di Kumpulan C selepas Denmark seri 2-2 dengan Belarus manakala Scotland tewas 3-2 kepada Greece. – AFP