Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM Sarikei–Meradong siapsiaga hadapi MTL
  • Tengah
  • WILAYAH

APM Sarikei–Meradong siapsiaga hadapi MTL

Utusan Sarawak 10 hours ago

LATIHAN….Anggota APM Sarikei dan Meradong menjalankan latihan latihan taktikal dan komunikasi di kawasan sungai. Foto APM Sarikei 

SARIKEI: Menjelang monsun timur laut (MTL), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarikei dan Meradong meningkatkan kesiapsiagaan pasukan melalui latihan taktikal dan komunikasi di kawasan sungai, semalam. 

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sarikei, Leftenan (PA) Shahrol Azizi Zaidi, berkata latihan persediaan tersebut dilaksanakan sebagai langkah awal menghadapi MTL yang dijangka berlaku dari bulan ini hingga Mac 2026, melibatkan potensi hujan lebat berterusan, banjir, angin kencang, air pasang besar dan ribut petir.

“Latihan bermula 10.00 pagi tersebut memberi fokus kepada kecekapan anggota dalam operasi penyelamatan air serta koordinasi maklumat ketika amaran cuaca dikeluarkan.

“Ia penting untuk memastikan kekuatan aset, kompetensi anggota dan tindakan operasi berada pada tahap optimum demi keselamatan komuniti setempat,” katanya ketika dihubungi.

LATIHAN….Anggota APM Sarikei dan Meradong menjalankan latihan latihan taktikal dan komunikasi di kawasan sungai. Foto APM Sarikei 

Tambahnya, latihan yang dijalankan di Sungai Rajang dan Sungai Meradong tersebut turut menilai tindak balas bilik gerakan, keberkesanan komunikasi antara pasukan di darat dan sungai serta kecekapan anggota APM mengendalikan aset bantuan.

“Antara aset yang digunakan dalam latihan termasuk bot aluminium, bot dinghy (P012) dan bot fiber (F215).

“Alhamdulillah, latihan ini berjaya dilaksanakan sepenuhnya, mencapai objektif yang ditetapkan dan berjalan lancar tanpa sebarang kecemasan.

“Kesiapsiagaan pasukan berada pada tahap yang baik dan kami akan terus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan sepanjang tempoh MTL,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: APM Spaoh berjaya tangkap ular sawa 10 kaki di Kampung Hulu
Next: Program Komuniti 2025 perkukuh pendidikan antidadah di Rumah Monica Jelira Jugah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.