Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM Spaoh berjaya tangkap ular sawa 10 kaki di Kampung Hulu
  • WILAYAH

APM Spaoh berjaya tangkap ular sawa 10 kaki di Kampung Hulu

Utusan Sarawak 21 hours ago
ANGGOTA APM Spaoh berjaya menangkap ular sawa sepanjang 10 kaki yang berada di reban penduduk di Kampung Hulu Spaoh awal pagi tadi. Foto APM Spaoh

SPAOH: Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Spaoh berjaya menangkap ular sawa sepanjang 10 kaki yang ditemui di reban ayam milik penduduk di Kampung Hulu Spaoh awal pagi tadi.

Menurut kenyataan APM Spaoh, pihak mereka menerima panggilan kecemasan pada 4:00 pagi daripada seorang penduduk tempatan, dikenali sebagai Zamirul, yang mendengar bunyi bising di reban ayamnya. 

Apabila diperiksa, beliau mendapati ular sawa sedang membelit ayam-ayamnya. 

Bimbang akan keselamatan diri dan haiwan peliharaannya, beliau segera menghubungi pihak APM untuk mendapatkan bantuan.

ANGGOTA APM Spaoh berjaya menangkap ular sawa sepanjang 10 kaki yang berada di reban penduduk di Kampung Hulu Spaoh awal pagi tadi. Foto APM Spaoh

Empat anggota APM Spaoh telah bergegas ke lokasi menggunakan kenderaan persendirian dan motosikal tiba sekitar 4.05 pagi.

Menurut laporan, ular sawa tersebut berjaya ditangkap menggunakan teknik menyepit dan menjerut tanpa sebarang kecederaan kepada penduduk atau anggota APM. 

Kejayaan ini menunjukkan kepantasan dan profesionalisme anggota APM dalam menangani situasi kecemasan yang membabitkan haiwan berbahaya, sekali gus memastikan keselamatan masyarakat di Spaoh.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Hospital Sri Aman terima pensijilan penuh Akreditasi MSQH
Next: APM Sarikei–Meradong siapsiaga hadapi MTL

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.