Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Hospital Sri Aman terima pensijilan penuh Akreditasi MSQH
  • Tengah
  • WILAYAH

Hospital Sri Aman terima pensijilan penuh Akreditasi MSQH

Utusan Sarawak 22 hours ago
DR. Hazwani Mohd Yusop merakamkan gambar bersama Pensijilan Penuh Akreditasi Malaysian Society for Quality in Health (MSQH) Edisi ke-6.

SIMANGGANG: Hospital Sri Aman melakar satu lagi kejayaan gemilang apabila berjaya memperoleh Pensijilan Penuh Akreditasi Malaysian Society for Quality in Health (MSQH) Edisi ke-6, berkuat kuasa mulai 24 September 2025 hingga 23 September 2029.

Pengiktirafan ini merupakan lambang komitmen tinggi Hospital Sri Aman dalam memastikan mutu perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, selamat dan menepati piawaian antarabangsa.

Ia turut mencerminkan budaya kerja profesional yang menjadi teras kepada setiap warga kerja hospital berkenaan.

Menurut Pengarah Hospital Sri Aman, Dr. Hazwani Mohd Yusop berkata kejayaan ini merupakan hasil kerja keras dan semangat berpasukan seluruh warganya yang sentiasa berusaha memastikan hospital ini berada pada tahap kecemerlangan tertinggi.

“Kejayaan ini adalah milik bersama seluruh warga Hospital Sri Aman.

“Sekalung tahniah dan terima kasih kepada semua daripada pasukan urus setia, pemegang standard, ketua jabatan dan unit, hinggalah ke barisan hadapan yang sentiasa memberi komitmen luar biasa.

“Anda semua adalah wira sebenar di sebalik kejayaan ini,” katanya.

Beliau menambah, walaupun penilaian telah berakhir, semangat penambahbaikan berterusan akan terus diperkukuh oleh setiap warga kerja Hospital Sri Aman bagi memastikan standard kualiti dan keselamatan pesakit sentiasa terpelihara.

Pensijilan penuh ini merangkumi 39 bidang perkhidmatan utama, termasuk Keselamatan Pesakit dan Kualiti: Tadbir Urus, Kepimpinan dan Pengurusan Risiko Klinikal, Perkhidmatan Klinikal dan Perkhidmatan Diagnostik dan Sokongan Klinikal.

Turut dihargai ialah seluruh warga kerja Hospital Sri Aman dan pihak syarikat konsesi One Medicare atas kerjasama, dedikasi dan persiapan rapi yang telah memastikan penilaian akreditasi berjalan dengan lancar dan berjaya.

“Penilaian ini bukan sekadar pengiktirafan, tetapi menjadi titik tolak untuk kami terus menambah baik mutu perkhidmatan kesihatan berteraskan keselamatan, kualiti dan profesionalisme,” ujar beliau.

Dengan slogan ‘Serve with Hearts’, kejayaan ini menegaskan bahawa kualiti terbukti dalam setiap perkhidmatan yang diberikan oleh Hospital Sri Aman bukti nyata dedikasi dan kecemerlangan pasukan kesihatan yang sentiasa mengutamakan kesejahteraan rakyat.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Usaha banteras dadah diperkasa melalui kerjasama komuniti dan agensi
Next: APM Spaoh berjaya tangkap ular sawa 10 kaki di Kampung Hulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.