Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kerajaan Pusat beri perhatian serius selesai projek Lebuh Raya Pan Borneo seperti di Sarawak – PM
  • NASIONAL

Kerajaan Pusat beri perhatian serius selesai projek Lebuh Raya Pan Borneo seperti di Sarawak – PM

Utusan Sarawak 7 hours ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Dialog Anak Muda bersama Perdana Menteri di Pusat Teknologi dan Komersial Antarabangsa (ITCC) Penampang, hari ini. Foto Bernama

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas tindakan segelintir pihak yang mendakwa Kerajaan MADANI lambat menyiapkan projek Lebuh Raya Pan Borneo, yang sepatutnya diselesaikan pada 2022.

Beliau berkata Kerajaan Persekutuan sentiasa memberi perhatian serius untuk menyelesaikan projek itu di Sabah seperti yang telah berjaya dilaksanakan di Sarawak.

“Sarawak lebih dulu siap, Sabah yang berpuluh-puluh tahun (masalah jalan) yang tak selesai. Jadi saya ambil alih, saya kata no way, jangan ada tangguh,” katanya pada program Temu Anwar “Harapan Urang Muda Sabah” di Pusat Teknologi dan Komersial Antarabangsa (ITCC), Penampang hari ini.

Perdana Menteri turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor yang sentiasa memberi kerjasama dalam mempercepat usaha berkenaan sekali gus menyelesaikan isu jalan di negeri itu.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri Sabah memaklumkan pelaksanaan projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah Fasa I dijangka siap sepenuhnya menjelang 2029.

Fasa pertama projek itu melibatkan 11 pakej sejauh 706 kilometer (km) dari Sindumin-Kota Kinabalu-Batu 32-Sandakan-Tawau serta laluan sepanjang pantai dari Tuaran ke Kudat.

Keseluruhan projek Lebuh Raya Pan Borneo di Sabah melibatkan pembinaan sejauh 1,236 km.- Bernama

Continue Reading

Previous: Empat Timbalan Menteri Persekutuan tanding PRN Sabah ke-17

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.