Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Lori bawa bateri kereta dan pakaian musnah terbakar di Batu Niah
  • KEBAKARAN

Lori bawa bateri kereta dan pakaian musnah terbakar di Batu Niah

Utusan Sarawak 20 hours ago
MUSNAH… Keadaan sebuah lori yang mengalami kebakaran pada muatan bateri kereta dan pakaian musnah terbakar dalam kejadian di Jalan Peninjau Beluru, di Jalan Peninjau Beluru, Batu Niah tengah hari tadi.

BATU NIAH: Sebuah lori mengalami kebakaran melibatkan 100 peratus muatan yang terdiri daripada bateri kereta dan pakaian, struktur lori hanya terjejas di bahagian belakang yang berlaku di Jalan Peninjau Beluru, dekat sini tengah hari tadi.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah menerima panggilan kecemasan pada 11.21 pagi sebelum sebuah jentera FRT bersama tujuh anggota digerakkan ke lokasi yang berjarak 58 kilometer.

Komander Operasi, PBK I Awang Adzwan, memaklumkan bahawa setibanya pasukan di lokasi pada 12.19 tengah hari, kebakaran didapati berlaku pada bahagian muatan belakang lori tersebut.

“Kebakaran melibatkan 100 peratus muatan yang terdiri daripada bateri kereta dan pakaian. Struktur lori hanya terjejas di bahagian belakang.

“Pemandu dan kelindan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula dengan sumber air daripada jentera.

Kebakaran berjaya dikawal pada 12.21 tengah hari dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 12.39 tengah hari.

Punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan pihak bomba. Tiada agensi lain dilaporkan terlibat semasa operasi dijalankan.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Kilang kayu musnah 70 peratus dalam kebakaran di Batu 11
Next: Dua rumah, sebuah kedai musnah terbakar di Kampung Wireless

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.