Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kedai Dragon Ball pertama di dunia dibuka
  • GLOBAL

Kedai Dragon Ball pertama di dunia dibuka

Utusan Sarawak 7 hours ago
SEORANG pejalan kaki merakam gambar di sebelah patung watak manga yang dipamerkan di hadapan kedai Dragon Ball di sebuah pusat beli-belah berhampiran Stesen Tokyo. Foto AFP

TOKYO: Kedai Dragon Ball pertama di dunia dibuka di Tokyo semalam, meraikan lebih 40 tahun francais manga, anime dan video permainan Jepun yang digemari di seluruh dunia.

Dragon Ball, yang mula diterbitkan pada 1984 dalam majalah Shonen Jump, merupakan salah satu francais manga terlaris sepanjang zaman dan telah melahirkan pelbagai siri anime, filem serta permainan video.

Menurut studio anime Toei Animation, pembukaan kedai tersebut adalah bersempena ulang tahun ke-40 francais itu tahun lalu.

ORANG ramai berjalan melewati Kedai Dragon Ball di sebuah pusat beli-belah berhampiran Stesen Tokyo.

Toei berkongsi imej kedai baharu itu yang terletak di sebuah pusat beli-belah berhampiran stesen kereta api utama Tokyo, menampilkan hiasan siling gergasi Dragon Ball dan arca watak ikonik, Son Goku.

Antara barangan rasmi yang dijual termasuk rantai kunci, kemeja-T dan lencana pin yang menampilkan watak utama siri tersebut.

Dalam manga asal Dragon Ball, wataknya Son Goku mengumpulkan bola naga ajaib untuk melindungi Bumi.

SEORANG pejalan kaki wanita mengambil gambar di sebelah patung watak manga Goku. Foto AFP

Menurut penerbit Shueisha, manga itu telah terjual lebih 260 juta naskhah di Jepun dan di seluruh dunia menjelang November tahun lalu, 40 tahun selepas kemunculannya.

Bahagian pertama manga tersebut diadaptasi menjadi anime televisyen pada 1986, dan dengan alih suara dalam pelbagai bahasa, ia memikat jutaan kanak-kanak melalui aksi pertarungan yang mencetus fenomena.

Francais itu terus berkembang dengan pelbagai filem, permainan video dan karya sampingan.

Penciptanya, Akira Toriyama, meninggal dunia pada Mac tahun lalu. – AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Lelaki obes meninggal dunia, tiga hari selepas pembedahan pintasan gastrik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.