Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • PRN Sabah: Hajiji berdepan lima penjuru di DUN Sulaman
  • NASIONAL

PRN Sabah: Hajiji berdepan lima penjuru di DUN Sulaman

Utusan Sarawak 15 hours ago
PENGERUSI Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Noor (kanan) diumumkan sebagai calon yang bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.12 Sulaman sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 di Dewan Seri Sulaman, hari ini. Foto BERNAMA

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berdepan pertandingan lima penjuru di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17.

Perkara itu diumumkan Pegawai Pengurus bagi Pusat Penamaan Calon di Dewan Seri Sulaman, Tuaran Ibrahim Terki.

Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tiba di pusat penamaan calon pada 9 pagi bersama-sama pencadang Datuk Abdul Kassim Razali dan penyokong Sylvia Belinggi.

Pada PRN lepas, Hajiji menang kerusi Sulaman dengan majoriti 3,099 undi. 

Hajiji yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) ditentang calon muda dan muka baharu daripada Barisan Nasional (BN) Dr Shahnon Rizal Thaijuddin selain Mokhtar Hussin (Parti Warisan), Tiaminah @ Siti Aminah Ele (Perikatan Nasional) dan Pajudin Nordin (Parti Impian Sabah).

Terdahulu, penyokong GRS berarak dari ibu pejabat PGRS DUN Sulaman di pekan Tuaran bagi mengiringi Hajiji bersama tiga lagi calon parti itu iaitu Datuk Joniston Bangkuai (DUN Kiulu), Datuk Jasnih Daya (DUN Pantai Dalit) dan Prof Madya Dr Bonaventure Bonaface (DUN Tamparuli). 

DUN Sulaman mempunyai 18,352 pengundi berdaftar.

Selain DUN Sulaman, Dewan Seri Sulaman juga merupakan Pusat Penamaan Calon bagi DUN Pantai Dalit, DUN Tamparuli dan DUN Kiulu.

Sementara itu, Hajiji ketika ditemui pemberita berkata yakin dapat mempertahankan kerusi DUN Sulaman meskipun ditentang empat pencabar.

“Inilah demokrasi. Semua boleh bertanding. Tetapi, saya amat yakin GRS akan menang dengan majoriti besar,” katanya yang menyandang kerusi DUN Sulaman sejak 1990.

Beliau juga yakin GRS dan Pakatan Harapan akan membentuk kerajaan pada 29 Nov ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 29 Nov manakala pengundian awal pada 25 Nov.

Untuk berita terkini PRN Sabah ke-17, layari https://prn.bernama.com/sabah/index.php  – Bernama

Continue Reading

Previous: Calon PKS DUN Kiulu, pengsan
Next: PRN Sabah: Dua calon Parti Damai Sabah gagal serah pencalonan kerana lewat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.