Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki tempatan disyaki pengedar dadah ditahan di Sungai Benang, syabu dirampas
  • JENAYAH

Lelaki tempatan disyaki pengedar dadah ditahan di Sungai Benang, syabu dirampas

Utusan Sarawak 12 hours ago
POLIS menahan seorang lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam pengedaran dadah dalam operasi di sekitar Jalan Sungai Benang, Kabong semalam. Foto: IPD Saratok

SARATOK: Seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah dalam satu operasi khas di sekitar kawasan Sungai Benang, Kabong semalam.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, tangkapan tersebut dilakukan oleh Paukan Petugas Khas Op Tapis Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok yang diketuai Inspektor Hendry.

Menurutnya, operasi yang dijalankan dari 10.00 pagi hingga 5.00 petang itu bertindak atas maklumat sebelum anggota polis membuat pemeriksaan ke atas suspek di kawasan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan ke atas beg pinggang suspek menemui satu paket plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat 0.46 gram.

“Suspek kemudian ditahan dan dibawa ke Balai Polis Saratok untuk ujian saringan air kencing yang didapati positif Amphetamine dan Methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, semakan rekod mendapati suspek mempunyai lima rekod lampau melibatkan pelbagai kesalahan, termasuk di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, Seksyen 379(A) Kanun Keseksaan, Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah dan Seksyen 15(1)(a) akta sama kerana penggunaan dadah.

Mathew menegaskan bahawa pihak polis akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah di daerah ini.

“Polis Saratok komited memastikan keselamatan dan ketenteraman masyarakat sentiasa terjamin,” tegas beliau.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: 32 lelaki ditahan, dadah bernilai RM3,670 dirampas Op Tapis Narkotik di Sibu
Next: IPD Lubok Antu tahan lelaki disyaki terlibat sindiket penipuan dalam talian di Kota Samarahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.