Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki ditahan miliki dadah Op Tapis Khas di Lubok Antu
  • JENAYAH

Lelaki ditahan miliki dadah Op Tapis Khas di Lubok Antu

Utusan Sarawak 14 hours ago
 SUSPEK ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah dan Seksyen 15(1)(a) akta sama kerana kesalahan mengambil dadah. Foto IPD Lubok Antu

LUBOK ANTU: Lelaki tempatan berusia awal 20an ditahan Pasukan Petugas Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu dalam Op Tapis Khas kerana didapati memiliki dadah di Jalan Sri Aman–Sarikei dekat sini, semalam.

Menurut kenyataan IPD Lubok Antu, pemeriksaan ke atas suspek menemui satu paket lutsinar mengandungi ketulan kristal dengan anggaran berat kasar 0.76 gram yang disyaki dadah jenis methamphetamine.

Selain penemuan dadah, ujian saringan awal air kencing yang dijalankan turut mendapati lelaki berkenaan positif methamphetamine dan amphetamine.

Susulan itu, suspek ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah dan Seksyen 15(1)(a) akta sama kerana kesalahan mengambil dadah.

Polis memaklumkan bahawa operasi berkenaan merupakan sebahagian usaha berterusan memerangi aktiviti penyalahgunaan dadah di daerah tersebut.

IPD Lubok Antu turut menggesa orang ramai agar terus menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan dadah di kawasan masing-masing bagi membantu tindakan penguatkuasaan.

Sebarang maklumat boleh disalurkan melalui Hotline JSJN Bukit Aman di talian 012-208 7222 atau Hotline JSJN IPK Sarawak di talian 017-592 9211.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Buruh miliki tujuh rekod lampau dadah dicekup miliki syabu di Lawas
Next: 32 lelaki ditahan, dadah bernilai RM3,670 dirampas Op Tapis Narkotik di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.