Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Abang Adik, Babah, Reversi dan Simple Manusan bersaing hebat dalam AIFFA 2025
  • HIBURAN

Abang Adik, Babah, Reversi dan Simple Manusan bersaing hebat dalam AIFFA 2025

Utusan Sarawak 14 hours ago
FILEM Abang Adik dan Babah.

KUCHING: Filem Malaysia Abang Adik mencuri tumpuan apabila disenaraikan dalam tiga kategori utama bersaing di Festival dan Anugerah Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) 2025, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara pencabar terkuat tahun ini.

Menerusi Skrip Terbaik, Abang Adik bersaing dengan filem Inside the Yellow Cocoon Shell (Vietnam), Some Nights I Feel Like Walking (Filipina), The Gospel of the Beast (Filipina), Tenement (Kemboja), Crocodile Tears (Indonesia) dan Home Sweet Loan (Indonesia).

Pengarah filem Abang Adik, Jin Ong, juga dicalonkan untuk kategori Pengarah Terbaik, bersaing dengan Pham Thien An (Inside the Yellow Cocoon Shell, Vietnam), Petersen Vargas (Some Nights I Feel Like Walking, Filipina), Sheron Dayok (The Gospel of the Beast, Filipina), Sokyou Chea & Inrasothythep Neth (Tenement, Kemboja), Tumpal Tampubolon (Crocodile Tears, Indonesia) dan Sabrina Rochelle Kalangie (Home Sweet Loan, Indonesia).

Pelakon utamanya, Wu Kang-Ren, turut tersenarai sebagai calon Pelakon Lelaki Terbaik, bersaing dengan aktor Qi Razali (Babah, Malaysia), Jansen Magpusao (The Gospel of the Beast, Filipina), Le Phong Vu (Inside the Yellow Cocoon Shell, Vietnam) dan Jomari Angeles (Some Nights I Feel Like Walking, Filipina).

FILEM Reversi dan Simple Manusan.

Filem Babah meraih dua pencalonan iaitu Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menampilkan Sweet Qismina bersaing dengan Hong Dao (Chi Dau, Vietnam), Imelda Budiman (Way Back Home, Indonesia), Zulfa Maharani (Crocodile Tears, Indonesia) dan Katrina Halili (AbeNida, Filipina).

Pelakon Qi Razali yang memegang watak sebagai seorang ayah dicalon dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik bersaing dengan Wu Kang-Ren (Abang Adik, Malaysia), Jansen Magpusao (The Gospel of the Beast, Filipina), Le Phong Vu (Inside the Yellow Cocoon Shell, Vietnam) dan Jomari Angeles (Some Nights I Feel Like Walking, Filipina).

Sementara itu, pelakon Mogan Chandra Dass menerusi lakonannya dalam filem Simple Manusan dicalonkan dalam kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik. Filem Reversi arahan Adrian Teh dicalonkan Penyuntingan Filem Terbaik.

Kesemua pencalonan tersebut dinilai oleh lima juri profesional diketuai oleh U-Wei Haji Saari, Herman Van Eykeni (Juri Antarabangsa – Belgium), Mohanad Hayal (Juri Antarabangsa – Iraq), Nik Amir Mustapha (Juri ASEAN – Malaysia) dan Embi C Noer (Juri ASEAN – Indonesia).

Keputusan akan diumumkan pada Malam Gala AIFFA 2025 yang akan diadakan salah sebuah hotel terkemuka di sini, esok.

Pengarah Festival AIFFA Livan Tajang berkata, “Tahun ini, kami menerima jumlah penyertaan yang memecah rekod lebih daripada 200 filem. Filem-filem yang disenarai pendek membuktikan dedikasi, semangat dan kepekaan terhadap kualiti serta penceritaan yang menarik. ASEAN sememangnya sebuah persimpangan budaya, cerita dan kreativiti. Kami amat menantikan penyertaan Timor Leste, pada AIFFA yang akan datang.”

Ketua Juri, U-Wei Haji Saari, berkata, sebagai juri, mereka menghadapi tugas yang mencabar, tetapi pengalaman itu menyeronokkan serta memperkayakan dan memukau.

Beliau menambah bahawa lakonan pelakon, pengarahan, dan kecemerlangan sinematik menjadi bukti kekuatan penghasilan filem di ASEAN.

SENARAI PENCALONAN AIFFA 2025

FILEM TERBAIK

  • Inside the Yellow Cocoon Shell – Vietnam
  • Some Nights I Feel Like Walking – Filipina
  • Abang Adik – Malaysia
  • The Gospel of the Beast – Filipina
  • Tenement – Kemboja Crocodile Tears – Indonesia
  • Home Sweet Loan – Indonesia

PENGARAH TERBAIK

  • Pham Thien An – “Inside the Yellow Cocoon Shell” – Vietnam
  • Petersen Vargas – “Some Nights I Feel Like Walking” – Filipina
  • Jin Ong – “Abang Adik” – Malaysia
  • Sheron Dayok – “The Gospel of the Beast” – Filipina
  • Sokyou Chea & Inrasothythep Neth – “Tenement” – Kemboja
  • Tumpal Tampubolon – “Crocodile Tears” – Indonesia
  • Sabrina Rochelle Kalangie – “Home Sweet Loan” – Indonesia

SKRIP TERBAIK  

  • Abang Adik – Malaysia
  • The Gospel of the Beast – Filipina
  • Inside the Yellow Cocoon Shell – Vietnam
  • Tenement – Kemboja Chi Dau – Vietnam

PENYUNTINGAN FILEM TERBAIK

  • King of Hawkers – Singapura
  • Inside the Yellow Cocoon Shell – Vietnam
  • Babah – Malaysia
  • Reversi – Malaysia
  • Tenement – Kemboja

SINEMATOGRAFI TERBAIK

  • Inside the Yellow Cocoon Shell – Vietnam
  • Some Nights I Feel Like Walking – Filipina
  • Tenement – Kemboja Green Bones – Filipina
  • Mbutik – Indonesia

PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK

  • Hong Dao – “Chi Dau” – Vietnam
  • Sweet Qismina – “Babah” – Malaysia
  • Imelda Budiman – “Way Back Home” – Indonesia
  • Zulfa Maharani – “Crocodile Tears” – Indonesia
  • Katrina Halili – “AbeNida” – Filipina

PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK

  • Ronnie Lazaro – “The Gospel of the Beast” – Filipina
  • Yoshihiko Hosoda – “Tenement” – Kemboja
  • Khiva Iskak – “Way Back Home” – Indonesia
  • Dennis Trillo – “Green Bones” – Filipina
  • Mogan Chandra Dass – “Simple Manusan” – Malaysia

PELAKON WANITA

  • Viet Huong – “Chi Dau” – Vietnam
  • Sarina Mueller – “Waiters” – Brunei
  • Thanet Thorn – “Tenement” – Kemboja
  • Yunita Siregar – “Home Sweet Loan” – Indonesia
  • Marissa Anita – “Crocodile Tears” – Indonesia

PELAKON LELAKI TERBAIK

  • Wu Kang-Ren – “Abang Adik” – Malaysia
  • Qi Razali – “Babah” – Malaysia
  • Jansen Magpusao – “The Gospel of the Beast” – Filipina
  • Le Phong Vu – “Inside the Yellow Cocoon Shell” – Vietnam
  • Jomari Angeles – “Some Nights I Feel Like Walking” – Filipina
Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Pembukaan AIFFA 2025 bentangkan platform filem ASEAN 
Next: Dokumentari jadi aset baharu promosi Borneo yang kaya dengan kisah unik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.