Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Blue Origin lancar Roket New Glenn bawa pengorbit Marikh NASA
  • GLOBAL

Blue Origin lancar Roket New Glenn bawa pengorbit Marikh NASA

Utusan Sarawak 20 hours ago
ROKET Blue Origin New Glenn dilancarkan bagi misi ESCAPADE NASA, yang membawa dua pengorbit Marikh, dari Stesen Angkatan Angkasa Cape Canaveral di Florida. Foto AGENSI

WASHINGTON: Roket New Glenn milik syarikat Blue Origin yang diasaskan Jeff Bezos dilancarkan dari Florida pada Khamis, membawa dua pengorbit Marikh dalam penerbangan keduanya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Roket berukuran 98 meter itu, dinamakan sempena angkasawan Amerika pertama yang mengorbit Bumi, dilancarkan dari Cape Canaveral menerusi siaran langsung Blue Origin.

Pelancaran itu sebelum ini ditangguhkan dua kali akibat cuaca buruk dan kebimbangan terhadap kemungkinan kesan ribut solar kuat.

NASA berkata kapal angkasa berkembar ESCAPADE akan berada dalam orbit berhampiran Bumi selama setahun sebelum menuju ke Marikh pada sekitar November 2026.

Pengorbit itu dijangka tiba di planet merah pada September 2027 dan memulakan misi saintifik pada 2028.

Roket dua peringkat New Glenn itu dibangunkan selama lebih sedekad.

Selepas pemisahan, peringkat pertama New Glenn direka untuk berpatah balik dan mendarat dalam posisi tegak agar boleh digunakan semula sekurang-kurangnya untuk 25 penerbangan.

NASA melalui misi berkenaan antara lain bertujuan mengkaji atmosfera planet Marikh.

Pelancaran pertama New Glenn, yang pada asalnya dijadualkan pada 2020 ditangguhkan beberapa kali sebelum akhirnya dilaksanakan pada Januari.

Walaupun roket itu berjaya mencapai orbit, peringkat pertamanya tersasar daripada tapak pendaratan.

Blue Origin menyasarkan untuk menyaingi SpaceX, memandangkan roket SpaceX direka untuk digunakan semula sepenuhnya atau sebahagiannya, sekali gus mengurangkan kos pelancaran serta sisa yang dihasilkan.- Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Tanah runtuh di Jawa Tengah ragut dua nyawa, 21 masih hilang
Next: Tiga angkasawan China pulang ke bumi selepas tertangguh akibat serpihan angkasa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.