Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • JPJ keluarkan 51 notis dalam Operasi Gempur di Betong
  • JENAYAH

JPJ keluarkan 51 notis dalam Operasi Gempur di Betong

Utusan Sarawak 5 hours ago

Satu Operasi Gempur yang dijalankan di Lebuh Raya Pan Borneo, Betong–Sri Aman, semalam. Foto: JPJ Negeri Sarawak

BETONG: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Betong mengeluarkan sebanyak 51 notis atas pelbagai kesalahan dalam satu Operasi Gempur yang dijalankan di Lebuh Raya Pan Borneo, Betong–Sri Aman, semalam.

Menurut kenyataan Jabatan JPJ Negeri Sarawak, operasi tersebut dijalankan bagi mempertingkatkan pematuhan undang-undang jalan raya serta memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa terpelihara.

Sepanjang operasi berkenaan, sebanyak 126 kenderaan diperiksa, melibatkan pelbagai jenis kenderaan termasuk kenderaan persendirian, komersial dan pengangkutan awam.

Antara kesalahan yang dikesan ialah tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, membawa muatan berlebihan, serta pelanggaran aspek teknikal kenderaan seperti tayar haus dan sistem lampu tidak berfungsi dengan baik.

JPJ turut menegaskan bahawa setiap pemandu dan pemilik kenderaan perlu memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan selamat serta mematuhi semua peraturan sebelum berada di jalan raya.

JPJ Sarawak juga menegaskan pihaknya akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa, terutama di kawasan berisiko tinggi, bagi mengekang risiko kemalangan serta memastikan tahap keselamatan jalan raya berada pada tahap tertinggi.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Namewee dibebaskan dengan jaminan polis, kertas siasatan dirujuk ke PPN KL

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.