Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Rachel mara ke suku akhir Terbuka China
  • SUKAN

Rachel mara ke suku akhir Terbuka China

Utusan Sarawak 24 hours ago
GAMBAR FAIL. Pemain skuasy negara Rachel Arnold.

KUALA LUMPUR: Pemain skuasy negara Rachel Arnold mempamerkan aksi cemerlang untuk mara ke suku akhir Terbuka China 2025 selepas menewaskan pilihan kelima dari Belgium Nele Gilis di Shanghai, China hari ini.

Pada aksi pusingan kedua, Rachel mencatat kemenangan 3-1 (11-6, 11-9, 6-11, 11-6) dalam masa 44 minit sekali gus meraih kemenangan pertamanya ke atas Gilis selepas tewas dalam lima pertemuan sebelum ini.

Pemain Malaysia itu bakal berdepan pilihan utama dari Mesir Hania El Hammamy pada suku akhir dengan cabaran getir menanti memandangkan Rachel masih belum mencatat sebarang kemenangan dalam lima pertemuan menentang pemain nombor dua dunia itu.

Sementara itu, seorang lagi pemain wanita negara Aifa Azman tewas dalam pertarungan sengit lima set menentang pemain Mesir Salma Hany dengan keputusan 11-6, 11-8, 3-11, 2-11, 13-11 dalam masa 55 minit.

Adiknya, Aira pula tewas kepada pilihan ketiga dari Mesir Amina Orfi dengan keputusan 11-3, 11-4, 11-6.

Dalam saingan lelaki, pemain skuasy negara Ng Eain Yow mengalami kekalahan straight set kepada wakil Mesir Mohamad Zakaria dengan keputusan 11-5, 13-11, 11-6 dalam masa 64 minit.

— BERNAMA

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Masters Jepun: Pang Ron-Su Yin mara ke pusingan kedua
Next: Pearly-Thinaah tempah slot suku akhir Masters Kumamoto 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.