Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Sarawak terima dua pengiktirafan antarabangsa di WTM London 2025
  • GLOBAL

Sarawak terima dua pengiktirafan antarabangsa di WTM London 2025

Utusan Sarawak 7 hours ago
 LENGKUNGAN LED dengan paparan visual landskap yang silih berganti di Pavilion Sarawak, WTM London 2025 yang menampilkan keindahan semula jadi Sarawak serta penceritaan imersif di bawah tema Gateway to Borneo.

LONDON: Sarawak terus mencuri tumpuan di pentas pelancongan antarabangsa apabila meraih dua pengiktirafan sempena penganjuran World Travel Market (WTM) London 2025, sekali gus memperkukuh reputasinya sebagai destinasi pelancongan berasaskan budaya dan alam semula jadi.

Sarawak menerima Anugerah Best Stand Feature pada WTM Best Stand Awards 2025 menerusi pemasangan LED Arch di Pavilion Sarawak yang menampilkan paparan visual dinamik bertemakan keindahan semula jadi negeri ini.

Rekaan tersebut menonjolkan siri paparan video mengenai Puncak Batu Mulu, Air Terjun Tiga Beradik di Long San, Baram, dan Taman Negara Terumbu Karang Miri-Sibuti, yang digabungkan dalam persembahan visual yang menarik dan mendidik.

Para juri memuji paparan tersebut sebagai “menarik perhatian” serta menonjolkan penggunaan elemen audio visual yang berkesan dalam memperkenalkan landskap semula jadi Sarawak kepada pengunjung antarabangsa.

WTM London 2025, yang berlangsung dari 4 hingga 6 November, merupakan antara pasaran pelancongan terbesar dunia dengan penyertaan sekitar 5,000 pempamer dari 180 negara dan wilayah.

Penyertaan Sarawak diketuai oleh Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan negeri serta rakan industri, melibatkan 15 pempamer bersama yang mempromosikan keunikan produk pelancongan Sarawak di pentas global.

DELEGASI Sarawak menerima anugerah 10 Wilayah Paling Diingini (Worldwide) bagi Sarawak pada Wanderlust Reader Travel Awards 2025 di Pavilion Sarawak, WTM London 2025 yang mengiktiraf daya tarikan global Sarawak sebagai destinasi yang diraikan kerana keindahan alam semula jadi, budaya dan kelestariannya.

Selain itu, Sarawak turut disenaraikan antara 10 Wilayah Paling Diingini (Worldwide) pada Wanderlust Reader Travel Awards 2025.

Pengiktirafan tersebut disampaikan di Pavilion Sarawak (N10-400), mencerminkan minat berterusan pelancong terhadap destinasi yang mengekalkan keaslian budaya dan keindahan alam semula jadi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif STB, Sharzede Datu Salleh Askor, pengiktirafan itu memberi semangat kepada kami untuk terus memperhalusi cara kami mempersembahkan Sarawak di peringkat antarabangsa.

“WTM London merupakan platform penting untuk kami berkongsi kisah Sarawak bersama rakan industri, media, dan pelawat, dan kami amat berterima kasih atas sambutan positif yang diterima,” katanya

Kedua-dua pengiktirafan itu melengkapi penglibatan lebih meluas Sarawak di WTM London 2025 yang turut menampilkan persembahan kebudayaan, sesi interaksi perdagangan dan media, serta pelancaran video ‘Sarawak Welcomes You’ dan pakej Borneo UNESCO Sites.

Usaha tersebut seiring dengan komitmen Sarawak menyokong persiapan Visit Malaysia 2026, berteraskan kelestarian, pemerkasaan komuniti dan lima tonggak utama pelancongan negeri iaitu Budaya, Pengembaraan, Alam Semula Jadi, Makanan dan Perayaan (CANFF).

Dengan pengiktirafan tersebut, Sarawak terus melangkah kukuh dalam memposisikan dirinya sebagai ‘Gateway to Borneo’, melalui pendekatan penceritaan yang tulen, kreatif dan bertanggungjawab di mata dunia.

Continue Reading

Previous: Angka korban dua taufan di Filipina meningkat kepada 259 orang
Next: Gempa bumi bermagnitud 5.7 landa Laut Greenland – USGS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.