Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Gerawat Gala merasmikan dua projek infrastruktur di Kampung Long Seridan
  • Utara
  • WILAYAH

Gerawat Gala merasmikan dua projek infrastruktur di Kampung Long Seridan

Utusan Sarawak 9 hours ago
RASMI…Datuk Gerawat Gala menandatangani plak perasmian Jambatan Gantung dan Jalan Kampung.

BARAM: Sejumlah RM2.2 juta diperuntukkan bagi melaksanakan dua projek penting di Kampung Long Seridan, iaitu pembinaan Jambatan Gantung Sg Maoh bernilai RM1.7 juta dan naik taraf jalan kampung fasa 1 dan fasa 2 berjumlah RM750,000, yang dirasmikan hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) yang juga ADUN Mulu, Datuk Gerawat Gala, berkata projek naik taraf jalan kampung ini merupakan inisiatif daripada Transformasi Luar Bandar (RTP) ADUN Mulu.

Beliau menegaskan, projek ini bukan sekadar menyediakan kemudahan fizikal, tetapi juga menjadi penghubung kepada kehidupan, ekonomi, pendidikan dan kesejahteraan masyarakat setempat.

“Penduduk di sekitar Sg Maoh sebelum ini menghadapi kesukaran untuk berulang-alik ke kampung berdekatan, menghantar anak ke sekolah, membawa hasil pertanian ke pasar, serta mendapatkan perkhidmatan asas.

DATUK Gerawat Gala merasmikan jalan di Kampung Long Seridan.

“Dengan adanya jambatan dan jalan ini, saya yakin ia akan meningkatkan kualiti hidup penduduk serta membuka peluang baharu dalam bidang ekonomi dan sosial,” katanya.

Beliau juga menegaskan bahawa kerajaan Sarawak melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Pembangunan Perumahan dan Hartanah (HDA) komited memastikan rangkaian jalan dan jambatan di kawasan pedalaman terus diperluas dan dinaik taraf supaya tiada komuniti ketinggalan dalam arus pembangunan negeri dan negara.

“Setinggi-tinggi penghargaan saya rakamkan kepada semua pihak yang terlibat termasuk kontraktor, jabatan teknikal, serta komuniti tempatan yang memberikan kerjasama sepanjang pelaksanaan projek. Tanpa semangat gotong-royong dan sokongan masyarakat, kejayaan ini tidak mungkin menjadi kenyataan,” tambahnya.

Beliau menggesa agar semua pihak menjaga dan memelihara jambatan serta jalan ini, kerana ia merupakan aset bersama yang memberi manfaat kepada generasi kini dan akan datang.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Poor infrastructure in Klinik Kesihatan Kota Sentosa 
Next: Klinik Kesihatan Bario terima dua unit peralatan perubatan daripada Datuk Gerawat Gala

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.