Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Angka korban dua taufan di Filipina meningkat kepada 259 orang
  • GLOBAL

Angka korban dua taufan di Filipina meningkat kepada 259 orang

Utusan Sarawak 7 hours ago
FOTO ini menunjukkan pandangan udara jalan yang sedang dalam pembinaan yang tenggelam akibat banjir di Kota Tuguegarao, wilayah Cagayan, utara Manila pada 11 November 2025, ketika air banjir terus menenggelamkan rumah-rumah akibat hujan lebat yang dibawa oleh Taufan Super Fung-wong. Seluruh kampung tenggelam dan banyak bandar masih tanpa bekalan elektrik pada 10 November selepas Taufan Fung-wong meninggalkan Filipina setelah meragut sekurang-kurangnya lima nyawa dan memindahkan lebih sejuta penduduk. Foto AFP



MANILA:  Angka kematian akibat dua taufan kuat yang melanda Filipina baru-baru ini meningkat kepada 259 orang, dengan jutaan penduduk dipindahkan, menurut pihak berkuasa pada Rabu, lapor Xinhua.

Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Negara (NDRRMC) pada Rabu memaklumkan bahawa taufan Fung-wong, yang melanda pada Ahad sebagai taufan super sebelum menjadi lemah ketika melintasi kawasan utara tengah Luzon, telah meragut sekurang-kurangnya 27 nyawa, manakala dua lagi masih hilang.

Dalam laporan berasingan, agensi itu berkata Taufan Kalmaegi yang mendarat pada 4 November, telah menyebabkan banjir besar dan tanah runtuh di tengah Filipina, mengorbankan 232 orang, 112 lagi hilang dan lebih 500 yang lain cedera.

Menurut NDRRMC, kebanyakan kematian dilaporkan di wilayah Cebu yang masih belum pulih akibat gempa bumi berukuran 6.9 magnitud yang melanda pada 30 Sept.

Kedua-dua ribut itu menyebabkan jutaan penduduk kehilangan tempat tinggal dan kemusnahan besar terhadap rumah, kawasan pertanian serta infrastruktur utama termasuk jalan raya dan jambatan, menurut agensi berkenaan.

Fung-wong merupakan siklon tropika ke-21 yang melanda Filipina tahun ini, melebihi purata tahunan negara itu sebanyak 20 ribut.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Jambatan baharu runtuh di wilayah Sichuan, China
Next: Sarawak terima dua pengiktirafan antarabangsa di WTM London 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.