Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penduduk digesa lapor segera longkang tersumbat elak banjir kilat
  • Utara
  • WILAYAH

Penduduk digesa lapor segera longkang tersumbat elak banjir kilat

Utusan Sarawak 7 hours ago
JOHNNY Pang meninjau sistem perparitan bersama wakil agensi berkaitan semasa meninjau sistem perparitan di kawasan perumahan sekitar Gem Park, Bintulu hari ini.

BINTULU: Penduduk digesa agar segera melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat longkang atau parit tersumbat bagi membolehkan tindakan penyelenggaraan dilaksanakan lebih awal sebelum berlakunya banjir kilat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming, berkata, pemantauan berterusan dan kerjasama masyarakat amat penting dalam memastikan sistem perparitan di kawasan perumahan berfungsi dengan baik, khususnya menjelang musim tengkujuh hujung tahun ini.

“Penduduk tidak harus menunggu sehingga banjir berlaku, baru melapor.

“Jika ada parit tersumbat atau air tidak mengalir dengan lancar, maklumkan segera kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) atau Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) supaya kerja pembersihan dapat dijalankan lebih awal,” katanya ketika ditemui selepas melakukan lawatan tapak sistem perparitan di sekitar Gem Park dan Taman Bukit Orang, hari ini.

 JOHNNY Pang meninjau sistem perparitan bersama wakil agensi berkaitan semasa meninjau sistem perparitan di kawasan perumahan Taman Bukit Orang, Bintulu hari ini.

Menurut beliau, hasil tinjauan mendapati sebahagian saliran di kawasan berkenaan tidak mencukupi untuk menampung aliran air ketika hujan lebat.

“Kita lihat ada aliran air, tetapi tidak mencukupi.

“Agensi berkaitan perlu mengambil langkah segera termasuk melakukan kerja pengerukan dan pelebaran longkang bagi memastikan air dapat dialirkan terus ke Sungai Sebiew,” ujarnya.

Beliau turut mengingatkan semua agensi agar bersiap sedia lebih awal dan tidak menunggu hingga akhir tahun apabila peruntukan kewangan semakin terhad.

JOHNNY Pang mendengar permasalahan yang dihadapi penduduk sekitar mengenai keadaan longkang yang dikenal pasti sering mengalami aliran air perlahan semasa lawatan tapak hari ini.

“Kita tahu musim monsun akan tiba tidak lama lagi, jadi tindakan awal amat penting.

“Jangan tunggu hujung tahun baru cari bajet. Segala persediaan mesti dilakukan sekarang,” katanya.

Dalam pada itu, Johnny turut menasihati orang ramai agar tidak membuang sampah ke dalam longkang atau parit yang boleh menyekat aliran air dan menyebabkan banjir kilat di kawasan kediaman.

Beliau berkata, Jawatankuasa Bencana Bahagian Bintulu juga akan mula bersidang dalam masa terdekat bagi menyelaras langkah kesiapsiagaan menghadapi kemungkinan bencana banjir.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Program kemahiran CIDB dan ABM buka peluang keusahawanan di Kampung Saai
Next: UNIFOR salur RM60,000 bantu naik taraf kemudahan Gereja Methodist Chiew Choo

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.