Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis tahan lelaki suspek penipuan tawaran kerja dalam talian
  • JENAYAH

Polis tahan lelaki suspek penipuan tawaran kerja dalam talian

Utusan Sarawak 11 hours ago
DITAHAN…Suspek ditahan dalam dua kes berasingan di Kanowit. Foto IPD Kanowit

SIBU: Seorang lelaki warga tempatan ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam kes penipuan tawaran kerja dalam talian yang menyebabkan kerugian sebanyak RM2,970.

Ketua Polis Daerah Kanowit, DSP Junical Ujal berkata, suspek berusia 44 tahun itu ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kanowit kelmarin.

Katanya, siasatan awal mendapati kes berkenaan berpunca daripada laporan seorang mangsa di Taman Nusa Bestari, Johor Bahru, pada 27 April lalu, selepas melihat iklan tawaran kerja di laman sosial Facebook yang menjanjikan pulangan komisen sehingga 30 peratus bagi setiap pelaburan.

“Mangsa yang tertarik dengan tawaran tersebut, telah berhubung dengan suspek melalui aplikasi Telegram sebelum membuat dua transaksi berjumlah RM2,970 ke dua akaun berbeza, iaitu satu akaun GX Bank milik seorang individu dan satu lagi akaun CIMB Bank milik suspek,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Junical memberitahu, mangsa mula menyedari dirinya ditipu apabila tidak menerima sebarang pulangan seperti dijanjikan, malah diminta untuk membuat bayaran tambahan.

“Hasil soal siasat awal mendapati suspek mengaku mengenali seorang lelaki dikenali sebagai John di Sibu pada Mac lalu, lelaki terbabit telah membawanya ke sebuah bank di Sibu untuk membuka akaun menggunakan kad pengenalan serta cap jarinya, kononnya bagi membantu mengeluarkan wang milik individu berkenaan.

“Selepas urusan di bank selesai, suspek tidak lagi berjumpa dengan lelaki terbabit dan mendakwa tidak mengetahui mengenai kemasukan wang mangsa ke dalam akaun miliknya,” ujarnya.

Katanya, suspek kini dibebaskan dengan jaminan polis selama satu bulan atas arahan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Iskandar Puteri, selepas rakaman percakapan, cap jari dan gambar diambil.

“Pihak polis masih meneruskan siasatan dan tindakan lanjut akan diambil berdasarkan arahan pegawai penyiasat kes,” kata beliau.

Dalam kes berasingan di bawah Op Tapis Khas, suspek yang sama turut ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kanowit selepas didapati positif dadah jenis Methamphetamine (syabu) dan Amphetamine hasil ujian air kencing yang dijalankan di Pejabat BSJND Kanowit.

Junical berkata, hasil siasatan lanjut mendapati suspek mengaku mengambil dadah jenis syabu dan telah lama terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan bahan terlarang tersebut.

“Suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Kanowit dan akan dituduh secara tentatif di Mahkamah Sibu,” katanya.

Barang kes berupa botol spesimen air kencing akan dihantar ke Jabatan Patologi Sarawak untuk analisis lanjut.

Oleh Akun Giman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Op Perdagangan: Polis Meradong tahan kenderaan muatan berlebihan
Next: Briged PGA Sarawak rampas barangan seludup bernilai RM3.7 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.