Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 3 maut, 56 selamat dalam insiden bot terbalik di selatan Greece
  • GLOBAL

3 maut, 56 selamat dalam insiden bot terbalik di selatan Greece

Utusan Sarawak 16 hours ago
TRAGEDI di Gavdos, tiga maut, 56 terselamat selepas bot pelarian terbalik di selatan Greece, operasi menyelamat sedang giat dijalankan di tengah laut bergelora.

ATHENS: Tiga orang maut dan 56 yang lain diselamatkan selepas sebuah bot yang membawa pelarian terbalik di perairan selatan pulau Gavdos, Greece pada Selasa, lapor Xinhua yang memetik penyiar nasional ERT.

Pengawal Pantai Greece berkata operasi mencari dan menyelamat berskala besar sedang dijalankan dalam keadaan laut bergelora bagi mengesan kemungkinan mangsa yang masih hilang. Mangsa yang terselamat tidak dapat mengesahkan jumlah sebenar penumpang di atas bot ketika ia karam.

Agensi Pengawal Sempadan dan Pantai Eropah (Frontex) membantu pihak berkuasa Greece dalam operasi berkenaan. Kewarganegaraan mangsa dan mereka yang terselamat masih belum disahkan.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Pesawat tentera Turkiye dengan 20 penumpang terhempas di Georgia
Next: Asap paksa pesawat Qantas lakukan pendaratan cemas di Adelaide

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.