Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lukisan artis Jepun Hokusai dijual pada harga rekod AS$4.02 juta dalam lelongan
  • GLOBAL

Lukisan artis Jepun Hokusai dijual pada harga rekod AS$4.02 juta dalam lelongan

Utusan Sarawak 21 hours ago
LUKISAN wanita berdiri di atas salji oleh Katsushika Hokusai, terjual pada harga rekod 621 juta yen (AS$4.02 juta) dalam lelongan di Tokyo.



TOKYO: Lukisan seorang wanita berdiri di atas salji oleh artis ukiyo-e Jepun Katsushika Hokusai mencecah harga 621 juta yen (AS$4.02 juta) dalam satu lelongan di Tokyo, harga tertinggi yang pernah dibayar untuk satu daripada karyanya, menurut rumah lelong pada Selasa, lapor Agensi Berita Kyodo.

Pembida yang berjaya pada lelongan Sabtu lalu, yang dikendalikan oleh Tozai New Art Co., ialah Nitori Co., peruncit kelengkapan rumah utama Jepun yang berpangkalan di Sapporo, Hokkaido.

Katsushika Hokusai (1760-1849) adalah artis ukiyo-e terkemuka pada Era Edo Jepun, terkenal kerana menggambarkan Gunung Fuji dari pelbagai lokasi, termasuk Edo, yang kini dikenali sebagai Tokyo.

Lukisan itu, yang menggambarkan seorang wanita dipercayai gundik dari daerah hiburan Yoshiwara yang terkenal di Edo, dipercayai dihasilkan antara 1813 dan 1819, ketika Hokusai menggunakan nama samaran Taito.

Menurut syarikat itu, lukisan itu akan dipamerkan di Muzium Ukiyo-e Otaru, yang juga terletak di Hokkaido dan dikendalikan oleh Yayasan Kebudayaan Nitori.- Bernama-Kyodo

Continue Reading

Previous: Catherine Connolly angkat sumpah sebagai Presiden baharu Ireland
Next: Berlian Mellon Blue terjual pada harga AS$25.6 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.