Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Nelayan Bukit Saban terima bantuan peralatan bernilai RM20,000 seorang
  • Tengah
  • WILAYAH

Nelayan Bukit Saban terima bantuan peralatan bernilai RM20,000 seorang

Utusan Sarawak 13 hours ago
 DATUK Amar Douglas Uggah Embas semasa hadir pada majlis penyerahan bantuan peralatan nelayan yang diadakan di Pejabat Pertanian Daerah Kecil Spaoh, semalam. Foto: DUN Bukit Saban

SPAOH: Seramai 14 nelayan sungai di kawasan Bukit Saban menerima bantuan peralatan menangkap ikan bernilai RM20,000 setiap seorang daripada Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, menerusi program Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA).

Penyerahan bantuan yang diadakan di Pejabat Pertanian Daerah Kecil Spaoh itu membabitkan pemberian bot, enjin sangkut dan kelengkapan moden bagi membantu nelayan meningkatkan hasil tangkapan serta pendapatan.

Uggah, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban, berkata kerajaan negeri komited memastikan nelayan luar bandar tidak ketinggalan dalam arus pembangunan.

“Kerajaan boleh sediakan dana, bot dan enjin, tapi kalau tidak turun ke sungai, ikan tidak akan naik ke darat. Mereka mesti berusaha gigih dalam hujan dan panas,” tegasnya.

Beliau turut menggesa penerima supaya tidak bergantung sepenuhnya kepada menangkap ikan, sebaliknya meneroka bidang penternakan ikan kolam dan projek akuakultur yang mampu menjana pendapatan berterusan.

Menurut Uggah, BDDA kini sedang merancang pelbagai projek berasaskan sumber air, termasuk ternakan udang kara air tawar di Taman Agro Bebuling, yang akan dilaksanakan bersama syarikat tempatan.

“Kita mahu nelayan dan petani tempatan turut serta dalam rantaian pengeluaran daripada penternakan hingga pemasaran,” ujarnya.

Tambahnya, projek-projek sebegini bukan sahaja membuka peluang pekerjaan tetapi juga memacu potensi eksport hasil akuakultur Sarawak.

Majlis turut dihadiri Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Roseline Mapong Sabai, Pegawai Tadbir Khas BDDA Abang Mohamed Abang Turkey, Pegawai Pertanian Bahagian Betong Leo Toni, dan Pegawai Tadbir Menguasa Daerah Kecil Spaoh Denny Lim.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Bomba Sarikei laksana pemantauan MTL di tebingan Sungai Rajang
Next: Empat rumah panjang di DUN Repok terima bekalan baik pulih

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.