Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kolej Vokasional jadi pemangkin utama TVET dan STEM, perkasa pendidikan teknikal
  • Tengah
  • WILAYAH

Kolej Vokasional jadi pemangkin utama TVET dan STEM, perkasa pendidikan teknikal

Utusan Sarawak 12 hours ago
TAHNIAH… Jamali (dua kiri) sambil disaksikan Shariff (kiri) menyerahkan hadiah kepada pelajar cemerlang pada majlis Apresiasi dan Anugerah Kecemerlangan KV Sibu, baru-baru ini.

SIBU: Kolej Vokasional (KV) terus membuktikan peranannya sebagai pemangkin utama dalam menjayakan agenda kerajaan Sarawak untuk memperkasa Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Pengarah Cemerlang Kolej Vokasional Matang, Leftenan Kolonel Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam (APM) Jamali Muhamad berkata, institusi vokasional di seluruh negeri memainkan peranan penting dalam melahirkan tenaga kerja mahir yang mampu memenuhi keperluan industri semasa dan masa hadapan.

“Kerajaan Sarawak memberi tumpuan kepada pembangunan modal insan berkemahiran tinggi, dan KV menjadi platform strategik bagi merealisasikan hasrat ini. 

“Pelajar yang dilahirkan bukan sahaja memiliki kemahiran teknikal, tetapi juga keupayaan untuk berfikir secara kritikal dan inovatif,” katanya ketika berucap menyempurnakan majlis Apresiasi dan Anugerah Kecemerlangan KV Sibu di sini, baru-baru ini.

UNTUK ALBUM… Jamali (tengah), Shariff (dua kiri), Kamarulzaimie (dua kanan) serta yang lain merakamkan kenangan bersama para guru, pelajar dan ibubapa yang hadir pada majlis Apresiasi dan Anugerah Kecemerlangan KV Sibu, baru-baru ini. 

Bagi mempelbagaikan lagi peranan KV di negeri ini khususnya melahirkan modal insan berkualiti, Jamali berkata, beberapa kursus baharu akan diperkenalkan pada masa akan datang.

Antaranya, jelasnya ialah bidang pertanian dan pendidikan awal kanak-kanak.

“Kursus pertanian ini akan diperkenalkan di KV Bintulu sementara pendidikan awal kanak-kanak pula akan diperkenalkan di KV Matang. Kita berharap ia akan mempelbagaikan lagi pilihan pelajar seterusnya membuka peluang yang lebih luas dalam alam pekerjaan.

“Misalnya pertanian, banyak bekas pelajar kita telah menjadi usahawan yang berjaya,” ujarnya lagi.

Jamali memberitahu bahawa lepasan KV mempunyai masa depan yang cerah kerana sijilnya mendapat pengiktirafan Akreditasi.

“Oleh itu, lepasan KV khususnya yang mengambil TVET, STEM dan sebagainya berpeluang melanjutkan ke peringkat universiti.

“TVET dan STEM bukan lagi pilihan kedua, tetapi laluan utama ke arah pembangunan ekonomi yang mampan dan berdaya saing. Kita perlu mengubah persepsi masyarakat terhadap pendidikan teknikal dan vokasional,” katanya.

Menyentuh mengenai majlis tersebut, beliau berkata, ia bukan sahaja bertujuan meraikan pencapaian pelajar dan warga kolej, malah sebagai dorongan untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang masing-masing.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada pelajar, guru, serta pihak industri yang sentiasa bekerjasama rapat dengan KV dalam memastikan pelajar mendapat pendedahan dan latihan yang relevan dengan keperluan pasaran kerja.

Majlis tersebut turut menyaksikan penyampaian pelbagai anugerah termasuk Anugerah Pelajar Cemerlang, Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum dan Anugerah Inovasi Pelajar termasuk para staf KV Sibu yang cemerlang dalam bidang masing-masing.

Turut hadir Pengarah KV Sibu Mohamad Shariff Mat Saad dan Yang di-Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) KV Sibu Kamarulzaimie Kamarulzaman.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 45 peserta sertai ceramah keselamatan kebakaran di BBP Sarikei
Next: Bomba Sarikei laksana pemantauan MTL di tebingan Sungai Rajang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.