

PETRA JAYA: Seorang remaja lelaki berusia 20-an ditahan di tepi jalan Lorong Layang-Layang, Jalan Astana di sini sekitar 10.30 pagi semalam, selepas penduduk berhampiran melaporkan kelakuannya yang mencurigakan kepada pihak polis.
Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu, berkata polis merampas sebilah parang sepanjang 50 sentimeter tanpa pemegang, sepasang sarung tangan Ingco hitam dan kuning, serta sebatang besi biru sepanjang tujuh setengah kaki yang dipercayai digunakan untuk mencuri barangan dari sebuah pondok berhampiran.

“Ujian air kencing menunjukkan suspek positif methamphetamine,” katanya.
Alexson menggesa orang ramai agar terus memberikan maklumat mengenai sebarang aktiviti jenayah atau individu mencurigakan dengan menghubungi Pusat Kawalan Polis Daerah Kuching di talian 082-244444 atau melaporkannya terus ke balai polis terdekat.
Oleh Connie Chieng