Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SUPP Batu Kitang bantu warga emas gunakan aplikasi bayaran EEP
  • TEMPATAN

SUPP Batu Kitang bantu warga emas gunakan aplikasi bayaran EEP

Utusan Sarawak 22 hours ago
DATO Ir Lo Khere Chiang meninjau program membantu warga emas  menggunakan sistem digital parkir ‘Bayar dan Jalan’ serta memuat turun aplikasi EEP.

KUCHING: Sekumpulan warga emas yang bersenam di Taman Wawasan, Jalan Arang, di sini menerima bantuan menggunakan sistem digital parkir ‘Bayar dan Jalan’ serta memuat turun aplikasi EEP dalam program anjuran Setiausaha Penganjur, Gerald Goh.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Dato Lo Khere Chiang, turut hadir pada program tersebut berkata ramai warga emas masih kurang pengetahuan mengenai cara menggunakan sistem parkir digital baharu itu.

Beliau menjelaskan kedua-dua pihak berkuasa tempatan, Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), telah mula melaksanakan Sistem Parkir Pintar sejak November lalu.

“Golongan muda tidak menghadapi masalah untuk menggunakannya, namun warga emas masih berdepan dengan kesukaran,” kata Lo sambil menambah bahawa melalui aplikasi EEP, warga emas kini boleh keluar dengan lebih yakin dan tenang.

“Ramai antara mereka memberitahu saya bahawa mereka tidak berani keluar kerana sistem parkir baharu ini. Kini, mereka boleh keluar semula tanpa rasa bimbang,” tambahnya.

Oleh Connie Chieng

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: URDA terus pacu pembangunan wilayah tengah Sarawak
Next: SFC siasat dakwaan penemuan ‘muntah paus’ di Belawai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.