Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Safiee Ahmad ziarah dan santuni keluarga Allahyarham Hassan Kelai
  • Tengah
  • WILAYAH

Safiee Ahmad ziarah dan santuni keluarga Allahyarham Hassan Kelai

Utusan Sarawak 12 hours ago
Safiee Ahmad ketika menziarahi keluarga Allahyarham Hassan Kelai, Ketua Kampung Nangar Besar Baru, yang meninggal dunia pada 5 November lalu. Foto UKAS

SIBU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad menzahirkan rasa simpati dan keprihatinan terhadap keluarga Allahyarham Hassan Kelai, Ketua Kampung Nangar Besar Baru, yang meninggal dunia pada 5 November lalu.

Safiee yang mengadakan ziarah takziah ke kediaman keluarga Allahyarham berkata, kunjungan itu bukan sekadar tanda penghormatan kepada jasa dan sumbangan Allahyarham, malah mencerminkan hubungan erat antara pemimpin dengan rakyat di peringkat akar umbi.

Menurutnya, Allahyarham merupakan seorang pemimpin yang berdedikasi serta banyak berjasa dalam memacu pembangunan dan kesejahteraan komuniti di Nangar Besar Baru.

Safiee Ahmad ketika menziarahi keluarga Allahyarham Hassan Kelai, Ketua Kampung Nangar Besar Baru, yang meninggal dunia pada 5 November lalu. Foto UKAS

“Saya mewakili seluruh warga Daro merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” katanya.

Safiee turut meluangkan masa menenangkan ahli keluarga arwah selain menyampaikan sumbangan sebagai tanda keprihatinan.

Turut hadir dalam ziarah tersebut ialah Penghulu Abu Bakar Salleh, Penghulu Bahiri Selakong serta beberapa Ketua Kampung di kawasan Tanah Besar Daro yang hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Kehadiran mereka mencerminkan semangat perpaduan dan setiakawan yang utuh dalam kalangan kepimpinan akar umbi di kawasan berkenaan.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Program penanaman pokok semarak kesedaran alam sekitar di Hutan Simpan Sabal
Next: Program MyLesen Daerah Meradong 2025 libatkan 1,635 calon

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.